Cakap Mahathir berdolak-dalik -Tamrin-Harakahdaily
HARAKAH: Bagaimana tindakan Mahathir dulu dan kecenderungannya
kini dalam isu pemilihan pemimpin Umno-BN, pada kaca mata Saudara?
TAMRIN TUN GAFAR: Semasa dia letak jawatan Perdana Menteri di PWTC, Mahathir kata
dia tidak akan masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara.
Mahathir kata tidak macam orang 'seberang' sana. Maksudnya masa itu,
Mahathir perli Lee Kuan Yew yang jadi Menteri Mentor pasal dia bergaduh
dengan Lee banyak isu.
Tapi, bila zaman Dollah (Abdullah
Badawi) jadi Perdana Menteri, Mahathir kempen habis-habisan minta
rakyat supaya pilih calon bukan atas dasar parti tetapi pilih calon. Itu
kempen Mahathir zaman Dollah tahun 2008 dulu pasal ketika itu dia nak
paksa Dollah letak jawatan dan dia berjaya ketika itu.
Tetapi sekarang pula dia kata, "kita mesti menangkan semua calon Umno-BN
tanpa kira calon itu bagus tak bagus asalkan dia Umno-BN". Dua bulan
dulu, Mahathir pernah kata, kalau Umno-BN nak menang, mesti letak
calon-calon luar dari hierarki Umno sekarang kerana pemimpin-pemimpin
Umno yang ada sekarang ini mencerminkan rasuah dan penyelewengan kuasa
jadi rakyat akan tolak.
Maksudnya, Mahathir bercakap berdolak-dalih?
Jadi, kita nampak Mahathir ini berdolak-dalih. Kejap kata begitu, kejap
kata begini. Itu dari segi nak pilih calon. Tak kisah siapa, asalkan
Umno-BN, rakyat kena undi. Tapi calon-calon luar ini bermasalah,
penerimaan di peringkat bahagian. Itu sebab Najib dalam ucapannya
menegaskan tak kira siapa, kita mesti sokong. Dalam tradisi Umno, kalau
kamu bukan dari orang bahagian, kamu akan disembelih. Itu realiti yang
berlaku.
Semasa zaman Dollah, Mahathir pernah kata Umno parti perkauman tetapi
dibidas oleh Nazri Aziz bahawa jika begitu, Mahathir adalah bapa segala
rasis selama 22 tahun dia memerintah.Nampak tak..., Mahathir cakap ikut
sedap mulut sahaja. Pada masa itu, Mahathir memang nak bantai Dollah
saja. Sekarang pula Mahathir kata Umno parti perpaduan, berjuang untuk
semua kaum. Lihat, bagaimana lidah bercabang Mahathir.
Macam mana realiti dan praktik sebenar Mahathir berkaitan hal Yahudi-Israel pula sejak dulu hingga hari ini?
Dalam isu Israel ini. Mahathir tuduh Anwar (Ibrahim)
sebagai agen Yahudi. Tetapi pada awal 1990-an, senyap-senyap Mahathir
hantar Almarhum Tengku Abdullah Rahman (Tengku Abdullah Melewar) sahabat
baik dia ke Tel Aviv untuk mengadakan perbincangan dengan
pemimpin-pemimpin Yahudi dan perkara ini telah terbongkar.
Saya sendiri pada tahun 1994
dalam Parlimen telah menentang tindakan itu. Mahathir jugalah Perdana
Menteri pertama yang membenarkan pasukan kriket bertanding di Dataran
Merdeka. Seminggu rakyat protes apabila Mahathir benarkan pemain kriket
Israel beraksi di Dataran Merdeka. Akibatnya, Dato' Mahfuz Omar dan
Salahuddin Ayob dipenjarakan sebulan.
Tapi Najib pun macam Mahathir, suka dengan Yahudi Zionis ini...
Memang betul. Kerajaan bawah Najib sekarang ini bayar
RM77 juta kepada Apco Worldwide sebagai penasihat.
Dua orang ahli
lembaga Apco ialah agen Yahudi Zionis dan perkara ini dibangkitkan tapi
Mahathir senyap. Dia tak menentang pula walaupun disahkan oleh Musa
Hassan baru-baru ini.
Mukhriz, anak Mahathir pula dalam Tweet sebagai reaksi kepada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mahu kepastian sama ada Malaysia
berdagang dengan Israel atau tidak.
Jawapan Mukhriz dalam Tweetnya
ialah memang Malaysia membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh mengangkut
minyak masak dari Pelabuhan Klang untuk Israel beri kepada rakyat
Palestin sebagai bantuan.
Tak masuk akal. Sedangkan kita hendak hantar bantuan pun kena tembak.
Kenyataan Mukriz sebagai Timbalan Menteri Industri itu tidak masuk akal.
Mahathir sekali lagi senyap.
Mahathir dan anaknya telah memonopoli hasil minyak...
Itulah, sepatutnya, Mahathir sebagai Penasihat Petronas, dia mesti
tentukan Petronas yang bekalkan petrol kepada kapal terbang MAS
diteruskan.
Sekarang anaknya pula yang menguasai 19.9 peratus saham
dalam Sam Miguel sebuah syarikat arak yang terbesar di Filipina. Nilai
harga yang Mirzan beli ialah RM3 bilion.
Katakanlah, bank beri 80 peratus pinjaman,
jadi Mirzan perlu cari 20 peratus lagi daripada RM3 bilion iaitu RM600
juta. Mirzan cari duit tunai itu dari mana? Keuntungan daripada itulah
diguna beli Exxon Mobil di Malaysia dan dijadikan Petron. Petron inilah
yang dibenarkan membekalkan minyak kepada pesawat MAS. Sepatutnya tak
boleh berlaku. Keutamaan patut diberi kepada Petronas.
Apa guna Mahathir
ada di situ? (sebagai Penasihat Petronas). Alasan dia senang saja. Dia
cakap dia tiada kuasa dan tidak boleh campur tangan. Kalau begitu, letak
jawatan sajalah. Jangan makan gaji buta saja dengan Petronas.
Mahathir beri kepada
anaknya, Mokhzani melalui syarikat Kencana dan Sapura, Dato' Shahril
Shamsuddin. Sekarang ini, kedua-dua syarikat itu bergabung. Persoalannya, mengapa tidak ditenderkan. Bercakap tentang bilion-billion ringgit. Macam mana boleh beri begitu sahaja.
Takkan Mahathir sebagai penasihat, dia tak tahu langsung. Jadi, dia
datang pejabat buat apa? Mustahil Mahathir tak tahu. Dia akan beri
alasan dia hanya penasihat. Itu helah dia. Negara ini bukan milik dia
hingga boleh buat apa saja.
Mahathir juga banyak isu penyelewengan kuasa. Tahun 1990-an, Mahathir
salahguna duit rakyat. RM3 bilion digunakan untuk menyelamatkan bisnes
anaknya, Mirzan apabila kerajaan membeli syarikat konsesi perkapalan
yang dikuasai oleh Mirzan. Masa itu Mirzan hampir nak bankrap. Rugi
banyak. Dia gunakan duit kerajaan yang juga duit rakyat untuk menyelamatkan anaknya.
Adakah Mahathir lidah bercabang juga dalam perkara berkaitan Islam?
Dari segi agama, Mahathir ni sudah lama caci
Islam. Tahun 1992, kenyataan Mahathir kepada wartawan, dia dah mula
kata apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong
tangan kepada pencuri nescaya ramailah umat Islam mati dan kudung
tangan.
Pada tahun 1997, dia kata tujuan perempuan Arab tutup aurat kerana pada zaman Jahiliah orang Arab
mempunyai nafsu kuat sedangkan dalam Quran terang-terang jelaskan hukum
tutup aurat ini. Begitu juga, Mahathir kata hudud ialah ciptaan
ahli-ahli Feqah. Itu kenyataan dia pada 26 Februari 2012 ketika
Konvensyen di Unimas.
Mahathir juga kutuk Rasulullah SAW. "Zaman itu tidak ada 'gillete',
tidak ada pisau cukur. Itu sebabnya Nabi ada misai, janggut sebab tak
bercukur." Itu kenyataan dia pada 1997.
Terbaru ini, kata Mahathir lebih baik kita berkawan dengan syaitan yang
kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Itu proverb orang
Barat tetapi yang kita persoal apabila wartawan tanya dia di rumahnya
masa Hari Raya Puasa, siapa syaitan?
Mahathir kata syaitan dan iblis itu
ialah Umno-BN. "Kita kenal dia. Kita boleh kerja dengan dia. Malaikat
depa tu bukan kita kenal pun. Tak tahu dia baik tak baik". Lihat. Dia
tekankan lagi isu ini. Apa jenis Islam Mahathir ini? Mengapa alim ulama,
mufti-mufti senyap saja perkara ini.
Dalam isu Anwar macam mana?
Mahathir berbohong besar apabila kata Anwar sendiri tumbuk mata sendiri
sampai lebam. Pada masa itu orang Umno percaya apa yang dia cakap.
Suratkhabar muka depan keluar. Tapi akhirnya Rahim Noor, Ketua Polis
Negara mengaku dia yang tumbuk. Terbukti, itu pembohongan Mahathir lagi.
Semua orang tahu, Mahathir telah 'menelanjangkan' Raja-raja
Melayu sebelum ini. Apa tindakan Mahathir semasa dan selepas menjadi
Perdana Menteri?
Mahathir yang mula-mula menelanjangkan Raja-raja Melayu dan merampas
kuasa raja-raja tetapi dia juga hentam Prof. Dr Aziz Bari kononnya tak
hormati Sultan Selangor. Dia gunakan semua khususnya Umno, media dan
sebagainya.
Dia adakan perhimpunan rakyat di seluruh negara masa itu.
Maki hamun raja-raja. Kami (Pemuda Umno) diarahkan beritahu Sultan
Pahang ada 200 kuda dalam bilik aircond. Sultan Pahang kaki judi, kaki
mabuk, kaki perempuan, jual balak, jual itu semua.
Sultan Johor, Sultan
Perak macam-macamlah. Kita 'attack' raja-raja ketika itu atas arahan Dr.
Mahathir. Hari ini bila kita tegur, dia pula sekarang jadi pembela Sultan.
Itu sebab saya kata dia lidah bercabang.
Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?
Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia
akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat
bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu
Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan
dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.
Pasal apa?
Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan
penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22
tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan
anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri
Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti
mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka
Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat'
dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.
Mahathir anggap Najib lemah, bukan strategis
Mengapa kenyataan dan tindakan Mahathir tak konsisten?
Mahathir buat semua ini pasal jika Pakatan Rakyat menang, pertama, dia
akan rasa malu dengan Anwar Ibrahim. Itu pasal dia panik. Tamparan hebat
bagi dia. Realitinya, Mahathir turun padang hari ini pasal dia tahu
Najib lemah. Najib bukan seorang strategis dan tidak ada kematangan
dalam politik sebenarnya. Mahathir kena bantu. Win-win situation.
Pasal apa?
Mahathir risau diheret ke mahkamah kalau Pakatan menang dengan
penyelewengan kuasa, rasuah yang dilakukan selama dia memerintah 22
tahun. Tidak cukup dengan itu, dia juga bimbang dengan perniagaan
anak-anaknya, Mirzan dengan Petron, Mokhzani dengan minyaknya.
Mahathir juga nak tengok anaknya, Mukhriz bukan sekadar jadi Menteri
Besar Kedah saja tapi kalau boleh bila Najib dipaksa turun besok seperti
mana yang dibuat pada Dollah, dia akan naikkan Muhyiddin. Suka tak suka
Muhyiddin terpaksa ambil Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Mahathir 'kamceng' dengan Muhyiddin pasal kedua-dua mereka 'rapat'
dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Itu fakta.
Apa agaknya Saudara nampak, sikap Mahathir terhadap Najib sebagai Perdana Menteri sekarang?
Dalam perjumpaan-perjumpaan tertutup, Mahathir selalu kata Najib tak
cerdik dan dia marah dengan Rosmah Mansor tetapi baru-baru ini dia hadir
sama apabila Rosmah lancarkan kapal TLDM. Sekarang, ke mana Rosmah
pergi, Mahathir terhegeh-hegeh ikut. Hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong.
Mahathir tahu Najib sekarang lemah dan tak bijak. Bawah Dollah, dia tak
boleh dapat apa-apa. Itu sebab dia caci dan hina Dollah. Mahathir ni
pendendam. Sampai sekarang pun, dia caci Dollah lagi. Anwar jangan
cakaplah....
Perangai Mahathir memang macam itu. Najib lemah, 'speechless'. Tak boleh
buat apa-apa. Anak-anak Mahathir dapat itu dapat ini. Suka tak suka
kena bagi. Pemimpin-pemimpin Umno hari ini semua sudah beli insurans.
Kenapa mereka beli 'insuran'... macam ada yang tak kena!
Yalah. Tiba-tiba kes Deepak keluar, Musa Hasan keluar, masing-masing dah
macam cacing kepanasan sekarang ini. Masing-masing nak beralih pada
Muhyiddin. Mereka tahu Najib akan jatuh tetapi mereka tak tahu Muhyiddin
pun akan jatuh juga pasal Barisan Nasional akan kalah PRU-13!
Dulu tak silap ada suatu ketika Mahathir dilabel sebagai manusia paling
kuat pembohong, Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya oleh mereka yang
sekarang ini jadi pencacai-pencacai Umno seperti Ezam Mohd Nor, Zahid
Mat Arif dan lain-lain. Hari ini hanya kerana nak bantuan Mahathir,
mereka ciumlah tangan Mahathir tu.
Sepanjang penelitian Saudara, Mahathir ni memang lidah bercabang?
Mahathir ini memang lidah bercabang. Orang Kubang Pasu tahu sangat sifat
sebenar dan kenal siapa Mahathir sebenarnya hingga menolak Mahathir
sebagai perwakilan Umno Bahagian ke Persidangan Umno Malaysia
dulu.-Harakahdaily.
Anak-anak Tun Madey kaya raya.Anak-anak orang kampung dan ahli Umno
yang tak tau apa habuk pun tarak.Sokong Umno-BN maknanya kayakan kroni
Umno sampai turun temurun.Daripada jadi hamba dan pencacai Umno lebih
baik jadi hamba Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.