Seperti yang saya tegaskan
sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera
itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib
Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.
Oleh sebab itu, saya mula
meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan
Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak
dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Salah satu dari dokumen tersebut
ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet
Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di
Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin
Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.
Dokumen yang diserahkan kepada
saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat
barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.
Setelah meneliti dokumen dan
maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa
ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan
berdasarkan perkara-perkara berikut (sila
rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah
mengikut turutan penerangan):
1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona
Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk
Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar
wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;
2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan
kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi
pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu
USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan
kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari
Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian
beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin
berlian bernombor Lot DR2763;
5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu
HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan
terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang
memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan
bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan
butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari
Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5
juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang
dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2
kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14
April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh
Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak
bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau
melalui syarikat-syarikatnya;
9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd
turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd.
bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman
wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri
pembayaran kepada syarikat itu;
10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan
Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut
mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar
melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd;
dan
11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan
bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah
Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).
Dakwaan Deepak bahawa beliau
membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan
oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah
lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.
Sebab itu, tindakan
tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota
tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor
seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan
pendedahan yang dibuat oleh Deepak.
Saya percaya perkara ini wajar
disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam
tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat
segera.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Sharpshooter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.