Akhirnya tanda tanya peminat penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti
Nurhaliza mengenai bila penyanyi jelita ini ingin berhijab sepenuhnya
terjawab apabila penyanyi itu muncul dengan imej bertudung litup di
majlis perkahwinan Apek dan Leuniey.
Menurut portal Murai, Siti berkata sudah tiba masanya untuk menunaikan
janji berhijab penuh. Janji tersebut dibuat selepas beliau pulang
daripada menunaikan haji tahun lepas.
"Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua.
"Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada
hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh," kata
penyanyi ini.
Beberapa keping gambar Siti bertudung litup yang dimuatnaik di Instagram
pada hari jadinya 11 Januari lalu mendapat reaksi yang positif daripada
peminat-peminatnya.
Siti turut berharap agar penampilan barunya ini akan terus kekal.
“Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini
akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini
sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni.
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.