Berita
ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang
ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan
di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang
sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.
Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.
Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.
Menurut
sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan
ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan
dipercayai membantu menyelesaikan panahanan berkenaan.
Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.
Penahanan
ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang
itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu
rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.
Maklumat
penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada tersebar di beberapa
Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai.
Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan
pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.
Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.