Followers

Friday, January 25, 2013

Sapu Tanah: Kompleks sukan jadi kondo mewah



SHAH ALAM- Adun Sekinchan, Ng Sui Lim yang popular dengan siri pendedahan 'sapu tanah' BN Selangor, kali ini tampil dengan pendedahan terbarunya pula.

Ianya berkaitan sebidang tanah berkeluasan tujuh ekar di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang asalnya dikhaskan untuk pembinaan sebuah Kompleks Sukan Rekreasi dan Pusat Komuniti kepada masyarakat sekitar, tetapi ditukar untuk pembinaan 691 unit pangsapuri mewah bagi tujuan komersil.

Suee Lim yang juga timbalan Setiausaha DAP Selangor mendakwa, projek pembangunan lima blok pangsapuri tujuh hingga 14 tingkat itu dimulakan selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKKN) pada 2007.

Katanya, tanah itu sepatutnya dibahagikan antara Umno Bahagian Kota Raja dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya lagi, tanah itu diberikan milik kepada Umno Bahagian Kota Raja dengan bayaran harga nominal iaitu sebanyak RM1,000 sahaja berbanding harga pasaran sebanyak kira-kira RM 10 juta.

“Dalam jawatankuasa tanah Pejabat Tanah daerah Klang menetapkan sebanyak 4 ekar diberikan kepada MBSA dana 3 ekar lagi kepada Umno bahagian Kota Raja dengan bayaran mengikut harga semasa.

“Selepas MKKN, 4 ekar diberikan kepada Umno dan 3 ekar diberikan kepada MBSA dengan harga nominal sebanyak RM1,000 sahaja.

“Bagaimanapun, apa yang kita lihat dan mengikut pelan pembangunan yang diperolehi, hampir kesemua tanah tujuh ekar itu dimiliki oleh Umno bahagian Kota Raja.

“MBSA hanya mendapat sebuah dewan yang keluasannya tidak sampai satu ekar,” katanya dalam sidang media di tapak projek pembangunan itu semalam yang dipetik Selangorku.

Katanya, tanah terbabit merupakan salah satu daripada 24 keping tanah di seluruh negeri yang dibeli pada harga yang begitu murah, iaitu premium RM 1 setiap metre persegi, oleh parti Umno-BN.


-Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.