Skandal terbaru adalah perjanjian tanah yang lumayan untuk kemudahan
kajian pertahanan yang masih belum dibina oleh firma Ketua Wanita Umno
Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, hampir satu tahun selepas
skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bosnya Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil menyebabkan kehilangan jawatan senator dan Kabinet.
“Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak boleh dinafikan dapat menjejaskan imej Wanita Umno sendiri, dan kita tahu sokongan kuat Umno datangnya dari kalangan sayap wanita,” kata pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada The Malaysian Insider.
“Jadi, terpulang kepada Wanita Umno untuk berubah untuk menangkis tohmahan ini,” kata beliau merujuk kepada sayap yang aktif merayu undi untuk BN.
Azizuddin berkata ramai di luar parti sedang memerhatikan Wanita Umno, dan kerana itu mereka perlu lakukan perubahan untuk memastikan mereka dilihat bersih dari skandal-skandal yang boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang.
“Segalanya terpulang buat mereka,” ulang Azizuddin lagi.
Raja Ropiaah (gambar) hanya mendiamkan diri tentang syarikatnya Awan Megah Sdn Bhd yang gagal untuk membina Pusat Pendidikan Pertahanan Negara (Puspahanas) di Putrajaya berharga RM100 juta walaupun dia telah menjual tanah kerajaan yang ditukar untuk kos pembinaan.
Pada akhir tahun 2011, firma keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat dituduh menyalahgunakan pinjaman mudah persekutuan RM250 juta bagi projek penternakan lembu NFC. Jawatan senator beliau tidak diperbaharui, membawa kepada penggugurkan beliau daripada Kabinet.
Wanita Umno sentiasa dipandu kontroversi pada masa lalu tidak seperti Umno dan Pemuda Umno di mana beberapa pemimpin telah diheret untuk rasuah dan malah membunuh. Sebelum Shahrizat, Tan Sri Rafidah Aziz sentiasa dengan dakwaan beliau memberi permit diluluskan (AP) kepada kroninya semasa bertugas sebagai menteri perdagangan antarabangsa yang paling berjaya.
Pendapat Dr Azizuddin itu juga disokong oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan.
“Saya rasa apa-apa skandal yang didedahkan definitely akan memberi impak kepada parti, dan tuduhan ini akan dijadikan sebagai senjata untuk parti Pakatan Rakyat,” kata Wan Saiful.
Tetapi beliau berkata isu-isu ini boleh digunakan sebagai titik perubahan bagi Umno menjalankan pembaharuan, termasuk menggeluarkan nama tokoh kontroversi dari senarai calon-calon pilihan raya.
“Saya rasa jika Umno benar-benar serius untuk menyelesaikan isu-isu ini, Umno perlu mengambil langkah dengan tidak melantik mana-mana yang terlibat dengan skandal politik sebagai calon pilihan raya akan datang,” katanya.
Tetapi Prof Dr Samsu Adabi Mamat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak bersetuju dengan kedua-dua penganalisis, melahirkan keyakinan bahawa Umno tidak akan terjejas dengan pelbagai kontroversi ini.
“Isu-isu ini tidak memberi kesan kepada parti. Ini hanya modal dari pembangkang untuk mereka menyerang Wanita Umno,” kata Samsu.
Menurut beliau, pengaruh dari Wanita Umno, khususnya usaha yang dilakukan pemimpin sayapnya Shahrizat lebih berpengaruh dari tohmahan dari pihak pembangkang.
“Pembangkang juga tidak memainkan peranan yang besar dalam pembangunan wanita berbanding dengan Wanita Umno, jadi dari situ kita boleh tahu sokongan tidak akan berubah dari isu-isu yang digunakan pembangkang ini,” katanya.
Menurut Samsu lagi, selain Wanita Umno, sayap-sayap lain juga boleh dianggap sebagai tulang belakang parti tersebut.
“Memang Wanita Umno adalah salah satu tulang belakang Umno, tetapi ada banyak lagi tulang belakang dalam parti.
“Isu-isu ini tidak memberi kesan kepada parti, kerana parti masih mempunyai sokongan dari akar umbi yang kuat,” kata Samsu, menambah pandangannya terhadap akar umbi parti tersebut yang kuat, dan dapat menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya tahun ini.`
Malaysia Insider

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.