Hannah
(dua, kanan) menunjukkan 28 surat mengandungi mesej politik BN dengan
nama penerima berlainan yang dihantar ke alamat seorang pengundi di
Petaling Jaya, dua minggu lalu.
SUBANG JAYA: Seorang
pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima
yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.
Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.
Hairan
dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu
kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.
Hannah
berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi
senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan
apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.
Menurutnya,
lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah
pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama.
“Daripada
jumlah itu, dua adalah Melayu, seorang India dan lainnya adalah
pengundi Cina dengan nama keluarga berlainan yang berumur antara 36
hingga 90 tahun.
“Inilah yang hendak kita persoalkan kepada Pengerusi BN Selangor, adakah semua mereka ini pengundi hantu mereka?," katanya.
Dalam
pada itu, Hannah turut menggesa pengundi yang dapat surat berkenaan
tetapi tidak mengenali nama penerima supaya membawanya ke pejabat Adun
atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk tindakan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.