Followers

Monday, January 28, 2013

Pelancaran Program Duduk & Bantah peringkat Pulau Pinang - Tze Tzin

 Written by  Sim Tze Tzin
Georgetown - Sempena sambutan Hari Thaipusam 2013, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan Program “Duduk & Bantah” peringkat negeri Pulau Pinang. 

Program “Duduk & Bantah” ini bertujuan mendaftarkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai kerakyatan (biasa dikenali sebagai IC merah), secara beramai-ramai. 

Ia juga ingin meningkatkan kesedaran orang ramai tentang wujudnya golongan tidak berkerakyatan di Malaysia. Golongan ini menghadapi pelbagai masalah seperti diskriminasi, dipinggirkan oleh masyarakat, kurang peluang pekerjaan dan masalah keluar masuk negara.

Program “Duduk & Bantah” peringkat Pulau Pinang akan diadakan di Bangunan Persekutuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jalan Anson, Georgetown pada 31/1/2013 Khamis jam 10 pagi yang akan dipimpin oleh YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak), N.Surendran (Naib Presiden PKR Pusat dan selaku Penyelaras Program Duduk & Bantah peringkat Pusat), YB Raveentharan dan pemimpin-pemimpin Parti KEADILAN, DAP dan PAS. 

Mereka akan membawa bersama sekumpulan kira-kira 50 orang yang tidak berkerakyatan, bersama-sama dengan 100 orang keluarga dan penyokong berarak dari KFC Jalan Larut, ke Bangunan Persekutuan (JPN) di Jalan Anson.

Perlancaran Duduk & Bantah dilancarkan pada hari Thaipusam oleh Naib Presiden PKR N.Surendran. Ia mendapat sambutan yang luar biasa apabila ianya dilancarkan di “Thanner Panthal” PKR sempena perayaan Thaipusam.  

Saudara N.Surendran berkata tujuan perlancaran tersebut dibuat di tempat Thaipusam kerana  semua orang yang berkunjung ke Thaipusam mempunyai niat tersuci  dan mereka memohon kepada Dewa Murugan supaya kehidupan mereka akan lebih baik dan mendapat suatu perubahan dalam kehidupan mereka.

Turut hadir dalam program perlancaran tersebut adalah YB Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak0, YB Raventharan (Batu Uban) dan YB Jason Ong Khan Lee (Kebun Bunga).

Menurut YB Sim, setelah Program Duduk & Bantah yang diadakan di Putrajaya mendapat respon yang cukup baik, maka pihaknya bercadang untuk membuat program seumpama itu di Pulau Pinang kerana beliau percaya seperti yang didakwa oleh N.Surendran terdapat lebih kurang 30,000 orang yang masih tidak mempunyai taraf kerakyatan. 

“Apabila kita ketahui melalui RCI (Royal Commission of Inquiry) Sabah, kita dapati orang Indonesia, Filipina dan Pakistan diberi kerakyatan dengan begitu senang sekali. 

Kenapa rakyat yang dilahirkan di Malaysia atau hidup di Malaysia begitu lama ditolak kerakyatan? Ini adalah satu ketidakadilan. Mereka harus diberi kerakyatan dengan kadar segera.” Tambah beliau lagi.

Menurutnya YB Sim, Pusat Khidmatnya juga menerima banyak kes berkaitan dengan masalah kerakyatan seperti tiada kad pengenalan, kad pengenalan merah, dan tiada sijil kelahiran. Mereka ini terdiri daripada majoriti kaum India dan tidak kurangnya dari kaum Cina. 

Beliau percaya ramai rakyat Pulau Pinang juga masih mempunyai masalah kerakyatan, oleh yang demikian beliau bercadang untuk membuat pendaftaran beramai-ramai di JPN Pulau Pinang supaya pihak JPN Negeri dapat bertindak menyelesaikan isu ini dengan kadar yang segera.

Naib Presiden PKR N.Surendran menggesa Kerajaan Barisan Nasional supaya tidak memandang rendah terhadap isu status kerakyatan dengan memberi pelbagai alasan dan berdolah dalih untuk menyelesaikan masalah ini.  

Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Barisan Nasional boleh memberi kad pengenalan biru kepada warga asing seperti Mynmar, Bangladesh, Filipina, Indonesia kenapa hak mereka yang lahir dan telah berjasa kepada Negara ini harus dinafikan.

YB Sim Tze Tzin juga menggesa supaya orang ramai yang menghadapi masalah kerakyatan hadir bersama dan berkumpul pada 31hb Januari, 2013 jam 9pagi di KFC Jalan Larut dan bersama-sama mendaftarkan diri dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Jalan Anson pada hari yang sama. 

Pihaknya telah memaklumkan kepada JPN supaya bersedia untuk mendaftarkan golongan yang tidak berkerakyatan ini.

槟城27日讯-槟州公正党将为“无国籍”(或俗称“红登记“)的槟城人进行“静坐抗议”活动。这项活动将于本月31日早上10时于槟城安顺路的国家登记居举行。这项活动的目的是要召唤槟城持有“红登记”的人士集体向登记局登记,并唤醒社会人士关注这群不幸的人士。

这项活动将由公正党全国副主席苏仁,沈志勤与拉文州议员带领,联合行动党与伊斯兰党领袖一起配合。当天将聚集大约50位“红登记”人士与约100位 家人与支持者。大家将会在1月31日早上9时正集合在Jalan Larut的肯德鸡,然后集体步行到安顺路的国家登记局进行“红登记集体登记“活动。

这项活动于大宝森节当天由公正党全国副主席苏仁登主持推介礼,共同出席的还有沈志勤,拉文与王康力州议员。

沈志勤州议员透露其实有相当多的“红登记”向他的服务中心求助,他们大部分是印度人,但是也有好几位华裔人士。他认为有许许多多“无国籍”的马来西 亚人生活在社会的边缘,被歧视,无法找到适合的工作与时时刻刻提心吊胆过日子。政府应该正视这群人的问题。“如果沙巴州可以给印尼人,菲律宾人甚至巴基斯 坦人成为公民,为什么这些真正的马来西亚人却无法得到公民权呢?”他提问。

沈志勤州议员也呼吁所有面对“无国籍”问题的马来西亚人踊跃出席这个星期四举行的集体登记活动。他呼吁大家于早上9时集合在Jalan Larut的KFC,早上10时一起步行到国家登记局集体登记。他已经照会了国家登记局的官员,希望他们尽快处理这些前来登记的民众。

Sim Tze Tzin ialah ADUN Pantai Jerejak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.