Dalam Daftar Pemilih Induk SPR, terdapat 65,000 pengundi yang berumur 85 tahun keatas dan lebih 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun! Terdapat 19 nama pengundi yang lahir sebelum tahun 1900.
Walaupun
kebanyakan pengundi yang berumur 85 ke atas dipercayai masih hidup namun
pengundi-pengundi yang melebihi 100 tahun adalah sangat diragui.
Contoh seorang pengundi yang lahir pada tahun 1853 (berumur 159 tahun sekarang) adalah dilampirkan dalam Apendiks 2.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyiasat dengan terperinci nama-nama warga emas yang berumur lebih 100 tahun ini dan seterusnya membersihkan nama-nama tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari.
Senarai pengundi ragu yang menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina
Terdapat kajian yang mendapati bahawa lebih 15,000 nama pengundi yang didaftarkan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang bertentangan jantina.

Maksudnya ialah terdapat nombor kad pengenalan yang berakhir
dengan nombor genap (yang sepatutnya untuk wanita) didaftarkan sebagai
pengundi lelaki.
Terdapat juga kes nombor kad pengenalan yang berakhir
dengan nombor ganjil (yang sepatutnya untuk lelaki) didaftarkan sebagai
pengundi perempuan.
Contoh-contoh kes tersebut adalah dilampirkan dalam Apendiks 3.
Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR mengambil tindakan menyemak nama-nama tersebut dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya membersihkan senarai tersebut daripada Daftar Pemilih dalam tempoh 30 hari dari Laporan ini dibentangkan di Parlimen.
Yakinlah jika melalui pilihanraya Bn akan hilang kuasa maka pilihanraya ini juga akan diharamkan.

Lihat sahaja Pilihanraya Kerajaan Tempatan ketika
menyaksikan parti regim kalah teruk tanpa segan silu pilihanraya
kerajaan tempatan inipun diharamkan dan perbagai mitos direka sehingga
pengharaman yang menjadi tragedi buruk demokrasi negara berjaya ditelan
rakyat walaupun secara paksa.
PRU ke 13 akan dilangsungkan dengan penuh penipuan. Bayangkan telah terbukti warganegara Filipina yang telah mengaku membeli kad pengenalan di mahkamah tetapi namanya dengan kad pengenalan yang dibeli itu ada dalam senarai pemilih.
Itu belum lagi bagaimana nama dan no kad pengenalan dalam senarai pengundi tidak wujud dalam daftar pendaftaran negara.
Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan.
Kepada parti - parti politik melawan Bn ketahuilah bahawa anda sedang diperdaya dan ditipu untuk memasuki gelanggang PRU yang penuh penipuan.
Jangan nanti setelah masuk gelanggang dan tewas dengan penipuan baru
mengajak rakyat melawan, rakyat akan bosan.
Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya.
Tidak ada sesiapa pertikai perlunya menumbang regim untuk menyelamatkan negara tetapi lebih perlu membersihkan pilihanraya sebelum memasukinya.
Jawatankuasa
BERSIH juga perlu lebih bersifat terbuka menjalinkan hubungan dengan
perbagai pihak.
Perjuangan BERSIH bukan milih satu - satu pihak tetapi
milik rakyat Malaysia, masa untuk forum dan bincang duduk dalam dewan
sudah tamat. Ini masanya untuk turun ke jalanraya.
Regim pekak ini harus
diasak dengan berani"bubar SPR sebelum bubar Parlimen Malaysia".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.