GAMBAR HIASAN |
Kali ini Yong taknak citer bab politik. Yong nak citer kisah kawan Yong. Dia amat baik dan Yong anggap macam kakak sendiri. Namanya Julie (bukan nama sebenar). Kawan Yong kata kisah ni boleh dibuat pengajaran kepada yang berkaitan. Citer ini Yong ringkaskan ajer.
Julie telah berkahwin ketika usianya 20 tahun. Dari seorang juruteringkas, Julie berusaha memperbaiki dirinya sehingga mendapat ijazah. Prestasi suaminya juga, yang 5 tahun lebih tua darinya, semakin baik. Dari pegawai meningkat menjadi pengarah sebuah jabatan kerajaan.
Tetapi perkahwinan
yang dipelihara selama 25 tahun itu musnah dengan kehadiran seorang pompuan
muda, stafnya.
Suaminya menjalin
hubungan sulit itu semasa Julie melanjutkan pelajaran di peringkat masters.
Julie bergegas pulang tanpa menamatkan pengajian kerana ingin menyelamatkan
perkahwinannya.
Tapi semua sudah
terlambat. Pengorbanan itu tidak bermakna apa-apa. Suaminya telah berkahwin
dengan pompuan muda itu di Thailand.
Mulanya Julie tidak
dapat menerima hakikat dimadu. Dia menangis tak henti-henti. Tetapi setelah
menjalani kaunseling, dia menerima suratan takdirnya.
Walau bagaimanapun,
suaminya tidak lagi pulang ke rumah.
Julie dan suami telah
membeli sebuah rumah bungalow dengan berkongsi bayaran. Julie dan 4 orang
anaknya tinggal di rumah bungalow ini. Suami dan isteri mudanya tinggal di
rumah teres. Mereka dikurniakan seorang anak.
Di sinilah masalah
mula timbul.
Suami mula tidak
memberi nafkah kepada Julie. Katanya Julie tinggal di rumah bangalownya.
Jadi dia telah mendapat kelebihan berbanding dengan isteri mudanya.
Julie mencabar
suaminya di mahkamah.
Akhirnya Julie
diceraikan.
Suaminya menuntut hak
separuh dari rumah bungalow tersebut di mahkamah. Julie harus membayar sewa
rumah itu jika ingin terus tinggal di situ. Sewanya sekitar RM1000 sebulan
(untuk separuh rumah).
Menurut Julie, separuh
dari rumah itu didiami oleh 4 orang anak-anak mereka yang semuanya belum
berumahtangga. Dua orang masih bersekolah. Masih menjadi tanggungjawab bekas
suami untuk menyara anak-anak itu.
Julie counter-suit
dengan menuntut harta sepencarian. Lalu…kes ini berterusan bertahun-tahun tanpa
keputusan. Ini kerana suaminnya selalu tidak hadir di mahkamah untuk menjawab
isu harta sepencarian tersebut.
Beberapa tahun
kemudian bekas suami Julie pun pencen. Tentu kehidupannya semakin sukar.
Bukan
suaminya saja yang harass Julie. Isteri mudanya juga turut menalipon
Julie di pejabat dan di rumah. Tak puas mengganggu Julie, dia mengganggu
anak-anak Julie. Dia mengeluarkan kata-kata kesat seperti makan duit
haram dan
sebagainya.
Akhirnya Julie tak
tahan lagi. Diapun menjual rumah bungalow yang jadi rebutan itu. Hasilnya
dibahagikan antara dia dan bekas suaminya di hadapan peguam.
Kata Julie. “Biarlah.
Dia tak bertanggungjawab. Kat akhirat nanti dia tanggung le.”
Yong kata padanya,
“Maafkan dia le. Lagi payah jika kes itu diadili di akhirat.”
Julie gelak je, “Huh?
Maafkan? After what he did to me?”
Jawab Yong, “Kalau you
maafkan dia, mungkin you akan lebih lega lagi. Kat akhirat pun you tak payah jumpa
dia untuk menuntut supaya diadili. You pun dapat banyak pahala.”
Balas Julie, “You ni cakap macam ustazah kat jabatan kadhi jer…”
Kami sama-sama gelak. Dalam hati Yong faham. Tentu sukar bagi Julie untuk memaafkan. Apa lagi untuk melupakan.
Baru-baru ini Yong
bertembung dengan Julie bersama beberapa orang rakannya. Dia nampak cantik, sihat dan gembira. Kami bertanya khabar,
bertukar-tukar nombor HP dan berlalu.
Bila suami kahwin lagi, bukan hanya 1 hati yang dilukai.
Bila suami kahwin lagi, bukan hanya 1 hati yang dilukai.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.