Followers

Monday, January 7, 2013

Minyak di Kelantan: Cabar dibentuk sokong titah Sultan - YB DRS. KHALIL IDHAM LIM

 
24 Safar 1433H. [MOD] - BACHOK: Solidariti Anak Bachok Tuntut Royalti dan Pendaratan minyak di Bachok (Cabar) hari ini secara rasminya melancarkan kempen sokong titah sultan dengan menampilkan logo (gambar) pelekat kenderaan yang istimewa khususnya untuk warga bachok.


Pengerusinya Ahmad Marzuk Shaary berkata kempen ini sebagai menzahirkan manifestasi sokongan rakyat bachok terhadap titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang meminta agar minyak didaratkan di Bachok kerana pihak kerajaan negeri telah menyediakan zon prindutrian petroleum seluas 4000 ekar di Bachok semenjak tahun 1990.

Mengulas lanjut mengenai kempen ini beliau berkata, ada beberapa komponen kempen yang akan dilaksanakan, semua aktivis anak muda akan digerakkan untuk sampaikan maklumat kepada rakyat.


"Kemuncak kempen ini Insya Allah akan di adakan himpunan rakyat bachok dalam masa terdekat yang menampilkan kehadiran pemimpin utama yang akan berucap pada majlis tersebut," kata Ahmad Marzuk dalam satu kenyataan hari ini.

 Ketika ditanya mengapa NGO yang melaksanakan program ini, beliau berkata, ia bertujuan untuk mengajak semua rakyat Bachok untuk menyokong hasrat murni ini tanpa mengira fahaman politik mereka.


Penganjuran ini juga adalah kerana desakan sebahagian besar rakyat Bachok yang ingin melihat pembangunan dan perubahan berlaku dibachok dengan adanya pendaratan minyak dan gas.

Ketika diminta mengulas tentang kenyataan salah seorang pemimpin tempatan Bachok baru-baru ni yang menyatakan bahawa kerajaan pusat tidak pernah janjikan pendaratan minyak di Bachok, beliau berkata, ia bukan soal janji.


"Ini kerana Bachok adalah antara daratan yang paling hampir dengan telaga minyak yang ditemui. "Kita faham dengan mereka ini, janji 5 peratus royalti pun dicabuli inikan pula cadangan pendaratan. Kita akan tunjukkan bukti sokongan rakyat Bachok terhadap pendaratan ini," katanya.

 Beliau juga berkata, hujah mengenai bayaran pampasan kepada penduduk yang dikatakan sebagai penghalang untuk daratkan minyak menampakkan sikap tidak jujur dan serius membantu kelantan.

"Sedangkan itu hanyalah soal mekanisma yang boleh diselaraskan antara kerajaan negeri, petronas dan penduduk setempat sebagaimana cadangan pendaratan minyak di Pengerang, Johor dan sejarah pendaratan minyak di Kerteh, Terengganu. Kita ada maklumat tentang itu.

"Tidak timbul soal masalah pampasan kepada penduduk setempat jika benar-benar jujur dan ikhlas,” jelasnya. Beliau berkata, ia hanya alasan untuk memastikan kekayaan hasil bumi ini tidak diberikan kepada Kelantan, kerana akan menutup peluang mereka ini untuk ambil semula Kelantan menggunakan isu kemiskinan dan mundur.

Ahmad Marzuk berkata, beliau bimbang sejarah lama pendaratan minyak yang sepatutnya ke kelantan dilarikan ke Songkhla dengan alasan yang sama akan berulang, sedangkan titah baginda sultan sangat jelas khususnya minyak dan gas dari telaga bumi selatan dan telaga surya selatan (blok PM 301 - Malay Basin) untuk didaratkan di bachok seperti yang tercatat dalam pembukaan persidangan dun kelantan penggal ke-12 pada 1 Mac 2012.

 “Saya yakin dan percaya rakyat Bachok khususnya tanpa mengira fahaman politik menyokong penuh dan menjunjung kasih terhadap titah Sultan Muhammad V yang terbukti mengutamakan rakyat dan menolak pemimpin tertentu yang menzalimi dan menafikan hak rakyat," tegas beliau.


Harakah Daily

Cina Islam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.