Followers

Monday, January 7, 2013

Hot : Satu juta untuk berbasikal - Blogger UMNO mengamok !!! Kelakar nak mampos.

 
Sungguhpun aku tak nampak apa point blogger umno mengamok marahkan pengarah BTN, Raja Arif, tetapi still ada point untuk kita perhatikan umno vs umno.

Konon nya pengarah BTN ini dikatakan pro anwar. Entah betul ke tidak aku tak pasti. Konon nya pengarah BTN ini juga di anggap sebagai trojan horse dalam kerajaan Najib. Hehe.

Kalau sungguh dia trojan horse + menyeleweng pula = ko ingat Najib akan biarkan jek?

Jangan2 dia memang menyeleweng dan ko sakit ahti sebab tiada tindakan dibuat terhadapnya. Namun, ko sengaja kaitkan dengan dsai at least orang ramai akan support la cause ko nak membalon pengarah BTN tersebut.

Yang sebenarnya kalau sungguh dia menyeleweng ;

1. Ko kena buktikan dengan hujah, bukan tulis panjang2 tapi hujah satusen pun takde.

2. Lepas tue p la call najib. Korang kan disayangi najib. Yelah, Najib kan mendengar dan prihatin sekarang. Hehe.

3. Bagitau lah SPRM dengan bukti. Konon nya SPRM dan PDRM ko tue kan ke cekap, bersih, amanah, berintergriti dan telus. Hehe

Apa citer kalau orang umno sendiri pun tak percayakan institusi yang mereka pertahankan? BODOH nak MAMPOS ke apa?

kah kah kah

Baca bawah neh geng ;


Saya ingin bertanya dengan Raja Arif....

Siapa dia Ahmad Fairuz?

Apa kaitan dia dengan BTN?...Pegawai BTN ke dia?

Jika tidak silap saya Ahmad Fairuz ini telah di pecat oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustamdan Ahmad Fairuz ini juga yang berusaha untuk melawan dengan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ketua Bahagian UMNO Putrajaya...

Persoalannya untuk apa Biro Tatanegara memberikan wang berjumlah RM1 juta (1,000,000.00) kepada beliau untuk program berbasikal?...RM 1 juta (1,000,000.00) itu satu jumlah yang banyak dan takkanlah program berbasikal itu sampai RM 1 juta (1,000,000.00)?

SOALAN MAUT....

DARI RM 1 JUTA (1,000,000.00) TU BERAPA KOS UNTUK PROGRAM DAN BERAPA MASUK KE POKET?


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=538820589461692&set=a.137701896240232.23982.100000012661699&type=1&theater

PANAS lagi bontot Ketua Pengarah BTN ni. Dedah terus terdedah siapa disebalik pemberian dana berjuta-juta kepada kroni nya. Yang penting aku menulis artikel berkenaan BTN ni bukan nak menghentam atau mencari salah sesiapa. Cuma aku terpanggil untuk menyambung tugas seorang kawan untuk menyelamatkan Perdana Menteri dari terus dipersalahkan kerana kepincangan agensi BTN ini.

Jika artikel-artikel aku sebelum ini tiada sesiapa atau pegawai mana sekalipun dari BTN yang hendak menjawap, tidak mengapa, mengikut sahabat aku tu dia banyak lagi peluru nak ditabur kepada KP BTN tu sendiri. Apa nak buat? Soalan senang pun tak nak jawab.

Artikel pertama aku di SINI ada ura-ura macam nak jawab tapi sayangnya banyak spin, banyak kalih isu. Dah tak nak jawab aku naik lagi artikel baru di SINI bagi menjawab segala hentaman dari pegawai BTN yang ditugaskan untuk menyerang aku. Selepas menunggu beberapa hari bagi peluang kepada Datuk Raja Arif untuk menjawab, masih sunyi sepi seperti tiada apa yang berlaku. Jadi, aku naikkan isu lama di SINI bagi menunggu jawapan Ketua Pengarah BTN ini.

Hari ini dah masuk 4 kali artikel berkenaan BTN ni. Kalau masih tak jawab juga tak tau la nak kata apa. Dan dengar dari sahabat yang mendedahkan, dia dah diugut saman oleh Raja Arif kerana kononnya memfitnah beliau berkenaan isu pemberian dan bernilai RM73,000 kepada ABIM Sabah yang merupakan pusat pengkaderan penyokong Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Mohon Raja Arif percepatkan saman tersebut.

Tapi Datuk Raja Arif kena ingat, sekali saman dikeluar, akan ada banyak lagi pendedahan yang bakal dihadapi. Aku memang tak ada kena mengena dengan sesiapa dan ini adalah inisiatif aku sendiri sebagai membantu Perdana Menteri mencari parasit dalam agensi kerajaannya.

Hari ini, sahabat Apa Sengeh-sengeh dah keluarkan pulak satu lagi posting berkaitan pemberian dana bernilai RM1Juta kepada sahabat baiknya. (boleh rujuk di SINI)

Dikatakan yang Ketua Pengarah BTN ini telah memberikan wang berjumlah RM1Juta kepada Ahmad Fairuz untuk menjalankan program berbasikal. RM1Juta adalah satu amaun yang terlalu banyak untuk menjalankan program sekecil berbasikal itu. SIAPA AHMAD FAIRUZ??

Mengikut keterangan dari sahabat aku ni, Ahmad Fairuz ni dulu merupakan pegawai khas kepada Ketua Menteri Melaka, tetapi telah dipecat dan beliau juga dikhabarkan pernah melawan Tengku Adnan bagi merebut kerusi Ketua Bahagian UMNO Putrajaya dan disponsor penuh oleh Sahlan Nasution. Yang lain aku belum diberitahu lagi.

Back to the point. Persoalannya untuk apa Biro Tatanegara memberikan wang berjumlah RM1 juta (1,000,000.00) kepada beliau untuk program berbasikal?...RM 1 juta (1,000,000.00) itu satu jumlah yang banyak dan takkanlah program berbasikal itu sampai RM 1 juta (1,000,000.00)?


Ameno World
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.