Followers

Saturday, January 26, 2013

I Help You, You Help Me !


SPR adalah tembok pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang lengkap dimana musuh Ameno tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari Ameno.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’ ini selamat SPR telah membuat peraturan bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Ini adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon yang datang menyamar sebagai pengundi. Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh

SPR dan Ameno wujud bantu membantu. SPR hidup kerana Ameno. Dan parti ini masih wujud kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga Bersih.

Tindakan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang enggan memberi ruang kepada MP Pakatan Rakyat bagi membahaskan usul kenyata minoriti PSC disifatkan sebagai angkuh dan tunduk kepada tuntutan Umno-Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Usul mereka ditolak oleh Pandikar Amin dan apabila tiga MP Pakatan enggan mematuhi arahan beliau, ke-tiga-tiga MP itu diarahkan keluar DAN DIGANTUNG KEMUDIANYA..

Apa guna buat report polis kalau dalam parlimen pun pembangkang tidak boleh bersuara tentang pilihanraya yang adil & bersih, maka sudah tidak ada saluran yang baik untuk bersuara kecuali bersuara ATAS JLN RAYA...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.