Followers
Saturday, January 19, 2013
Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2
Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan hari ini membalas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan kredibilitinya, dengan menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.
"Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini.
"Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!"
Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya.
Malam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya.
"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi.
Kembara Jr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.