Followers

Friday, March 30, 2012

Siasat Anak Najib Yang Didakwa Memanipulasi Harga Saham



Siasat Anak Najib Yang Didakwa Memanipulasi Harga Saham
 

Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.

Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.

Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.

Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.


Kelab Greenboc

Politik Anwar Akan Dibungkus Dan Ditalkinkan ??



Anwar Akan Dibungkus Dan Ditalkinkan

 
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berikarar akan melawan dan mendedahkan segala keburukan serta kemungkaran yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bercakap dalam sidang media bersama Datuk S. Nallakarupan semalam, beliau menegaskan tidak langsung gentar sekiranya dicabar atau disaman oleh Anwar dengan kenyataannya yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar, isteri kepada Timbalan Penasihat PKR, Azmin Ali yang juga abangnya.

Malah, Ummi Hafilda nekad mahu karier politik Anwar dibungkus dan ditalkinkan termasuklah Azmin sekali.
Bagi Ummi, beliau bukan saja menentang abangnya, tetapi menentang segala kemungkaran yang dilakukan oleh Azmin yang terlalu taksub tunduk menyokong Anwar.

“Saya lakukan semua ini kerana ingin membuka mata dan minda masyarakat siapa sebenarnya si dajal Anwar itu dan si dayus Azmin yang sanggup membenarkan kemungkaran yang dilakukan Anwar dengan biarkan Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar,” kata Ummi Hafilda.

Selain itu, Ummi Hafilda juga turut mencabar Azmin untuk menyahut cabarannya itu.

“Saya lontarkan cabaran ini kepada Azmin untuk menyahut tindakan saya. Tapi, saya tahu, dia tidak akan berani kerana saya mempunyai bukti lengkap mengenai kes ini.

“Saya sendiri mengekori pergerakan Anwar pada tahun dia melakukan perbuatan terkutuk dengan Shamsidar dan Datuk Nalla sendiri yang menjadi saksi,” katanya.

Bercakap mengenai bukti yang ada, beliau akan merungkaikan segala bentuk bukti-bukti ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah.

Ummi Hafilda turut menyelar tindakan Azmin yang selama ini sanggup menipu rakyat dengan memperjuangkan kepimpinan yang salah dan tidak benar.

“Selama ini, Azmin memaksa saya, termasuklah kakak-kakaknya sendiri untuk menipu dan tidak benarkan kami membuka mulut. Tapi tidak lagi kini. Saya akan berjuang habis-habisan dan akan disokong oleh kakak-kakak saya termasuklah ibu kami sendiri,” tegas Ummi Hafilda.

Malah, Ummi Hafilda turut menggelarkan isteri Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai wanita hipokrit dan munafik.

“Azizah adalah wanita hipokrit kerana selama ini menyokong kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Dalam pada masa sama, dia turut memanggil Shamsidar sebagai perempuan jalang dan sundal kerana dia tahu Shamsidar ada hubungan dengan Anwar. Tetapi, kalau berhadapan, bersikap munafik dengan berpeluk cium antara satu sama lain,” katanya.


mynewshub.my

Apabila Mahathir Melihat Dalam UMNO Dah Terlalu Banyak Lembu-lembu....



Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional

Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

Ulasan GB

Tersenyum juga GB membaca kenyataan TDM di atas.

Beliau mungkin dah fed-up dalam UMNO dah tak ada orang yang pandai-pandai. Bererti TDM akui fakta bahawa UMNO kini dianggotai oleh kebanyakannya ahli yang bangang-bangang dan bebal-bebal yang sinonim dengan perkataan bodoh. Di dalam pepatah Melayu ada binatang yang dikaitkan dengan "bodoh" iaitu si lembu - bodoh macam lembu.

Bermakna, TDM mengakui yang di dalam UMNO kini terlalu banyak lembu-lembu dan mahu kandang UMNO dibuka supaya lebih ramai golongan profesyenal dan cerdik pandai menyertainya.

Dah terlambat. Lebih setengah abad UMNO menjadi "kandang lembu" dan rakyat sudah bersedia untuk "merobohkan" kandang itu yang menyebabkan najis lembu-lembu itu membusukkan imej negara.

Moo sana moo sini bak kata si kartunis Zunar. 


Jom Bida Harga Penari Tiang Ini...!!!! Siapa mau...????

 
Pertama sekali gua mohon maaf laaaaa... gua mengaku gua nih budak kampung beb... gua naif dalam serba serbi..., pasal tu bila ramai bercerita pasal menari tiang nih... gua terbayang2 macamana caranya menari tiang nih...

Bangang aarrr... kalau saja2 nak menari depan tiang, lebih baik menari depan cermin betul tak...??? Yang gua tau menari tu macam caklempong, joget boria dan yang macam dalam TV tuuu... hahaha...


Bab Menari Tiang nih gua tak tau langsung, memandangkan sekarang nih zaman IT, langsung teringatkan pakcik google, lalu gua pun tanya dengan pakcik google menari tiang tu apa...???


Lalu pakcik google tunjukkan seperti dibawah... hahahaha..., gua tanya lagi berapa hengget nak kena bayar untuk penari tiang size macam tuuuu...??? Pakcik Google senyap jer... mungkin tak berani nak sebutkan harganya.... muakakakaaaa....

Gambar ehsan dari Pakcik Google.
hahahaha....!!!!

Gua dengar cerita penari tiang yang ini pun asalnya dari Negeri Sembilan jugak... satu negeri dengan penari tiang kat Nilai tu kan... hahahaha....

Hebat2 aarrr... orang Negeri Sembilan nih..... cayalahhhh.....


Jom pakat2 teka berapa
Harga Penari Tiang kat dalam gambar tuuuu... ada berani kaaa...???

Nota: Santai Malam Jumaat.


Ikut Suka Aku (ISA)

PAS Setuju Tukarkan Anwar Ibrahim Posted by Addin

 
Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali  berkata, ya.“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily. 
 
Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.


“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan. ~
harakahdaily

UMNO memerintah atas kebodohan rakyat - kata Aziz Bari

 


Alahaiii.. aku ingatkan hanya Tun Mahathir yang berkata UMNO kini dikuasai oleh golongan kurang cerdik dan kurang pandai.. rupa-rupanya Dr Abdul Aziz Bari pun mengatakan perkara yang sama..

Semalam Sinar Harian melaporkan Tun Mahathir telah berkata “UMNO dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO”

Secara tak langsung Tun Mahatir mengakui yang ada dalam UMNO sekarang ialah orang-orang yang Bodoh-bodoh belaka.. (sila baca di SINI laporan itu)

Ini pula Aziz Bari berkata UMNO menang dan boleh memerintah atas kebodohan rakyat…

*****************************************

Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

TEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari  ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

“Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.


“Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.


“Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR,” ujarnya.


Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.


Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

“Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

“Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.


“Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan,” tambahnya lagi.


Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.


“Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.


“Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri,” katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.


“Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.


“Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap,” katanya.


Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga  RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.


Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.


 
Anak Sungai Derhaka

KALAU PENGERUSI SPR RASA PILIHANRAYA NEGERI PR BERASINGAN MENJADI BEBAN, ELOK LAH LETAK JAWATAN !


Mengikut kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof, yang berharap negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13... sebagai langkah menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Menurut beliau "Saya harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya dalam temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm di Angkasapuri hari ini.

Ini berikutan kata-kata dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan bahawa pemimpin PR masih gagal mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan Kerajaan Persekutuan.

Kalau lah itu dirasakan menjadi beban kepada beliau... adalah dinasihatkan supaya beliau agar meletakkan Jawatan sahaja sebagai Pengerusi SPR yang memerlukan seseorang yang bertugas mengikut garis panduan sebagai Pengerusi SPR dan bukan nya sebagai pihak yang mengkaji wajar atau tidak sesuatu Pilhanraya yang hendak di adakan.

Sudah la Penambahbaikan yang dicadangkan PSC disanggah yang mana sepatutnya diterima tanpa banyak soal... ini kerana beliau mewakili pengendali iaitu SPR dan bukan mewakili sesebuah Parti... namun nada beliau selalunya umpama mewakili sesuatu pertubuhan yang sedang menurun kedudukan nya.

Sepatutnya banyak lagi benda lain yang sepatutnya dilakukan oleh SPR umpamanya bagaimana menambah baik Sisitem Pilihan Raya Negara ini seperti yang dicadangkan PSC... atau bagaimana cara menambah bilang pengundi kerana ramai yang belum berdaftar walaupun layak... dan bukan nya bercakap soal perbelanjaan dan kesulitan jika Pilihanraya berasingan dibuat.

hemmmmm..... tapi yang pelik bila pengerusi spr bersara... nada nya mula berubah kepada semacam rakyat yang mahukan demokrasi sebenar yang berlawanan semasa mereka menjadi pengerusi spr... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
 
 

Kenapa UMNO Takut Pada DS Anwar?.... Siapa Zambry Kadir?

Saya tujukan khas pada mereka - mereka yang masih mengharapkan pada UMNO dan BN.
 
Oleh: MSK

Aku cuba fokus Pulau Pangkor sebab Pulau Pangkor akan jadi macam Pulau Pinang. Pulau Pinang diperintah oleh BN sejak 50 tahun…dan dalam masa pemerintahan BN, orang Melayu semakin lama semakin pupus. Tapi bila Pakatan perintah Pulau Pinang baru 4 tahun, Umno dah bising mengatakan DAP meminggirkan Melayu Pulau Pinang.

Jangan lupa, Zambry juga tidak banyak beza dengan Shaikh Hussain Mydin atau Reezal Merican. Masa depa memerintah, habih orang Melayu dihalau dari Pulau Pinang..tapi bila dah hilang kuasa, orang lain pula dipersalahkan.

Sebelum aku cerita pasai Pangkor, cuba tengok balik sejarah Pulau Pinang. Tak payah tengok balik zaman Francis Light, imbas kembali sekitar 40 tahun dulu pun cukup.

Tahun 75, bila selesai peperiksaan LCE, aku hitch-hike dengan member ke Penang. Masa tu hitch-hike memang cool. Sampai Penang, boleh tidor kat tepi pantai. Masa tu, pantai Gurney Drive masih bersih. 
Malam-malam, ramai nelayan cari ikan dan udang. Kampung-kampung Melayu penuh disekitar Pulau Tikus dan Gurney Drive.

Lama kelamaan, hotel-hotel dan gedung perniagaan semakin lama semakin banyak dibina di Gurney Drive . Akibatnya, air laut semakin lama semakin kotor dan ikan semakin berkurangan. Pantai yang bersih makin lama makin kotor. Nelayan tak boleh cari makan..dan terpaksa cari kerja kilang kat Bayan Lepas.

Gurney Drive dengan Bayan Lepas bukan dekat. Duit gaji habih kat pengangkutan dan makan. Lama-lama, orang Melayu Gurney Drive terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah.

Ini bukan saja berlaku di Gurney Drive..malah berlaku di Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Akhirnya orang Melayu Pulau Pinang di sepanjang Padang Kota Lama hingga Teluk Bahang terpaksa pindah cari tempat yang lebih murah…manakala tempat depa di ambil oleh oleh orang asing dari Singapura, Jepun dan Taiwan.

Masa tu, umno tak bising…sebab depa dapat komisyen. Poket semua penuh. tapi sekarang bila Umno dah terpinggir di Pulau Pinang, baru cakap pasai Melayu.

Pulau Pangkor akan jadi Pulau Pinang tak lama lagi selagi Pangkor di bawah Umno. Perangai Zambry sama macam perangai Hussain Mydin. Sementara ada kuasa, pulun cukup-cukup. Ada tanah diPangkor..jual kat orang luar negara. Memang la orang Pangkor masih ramai yang diam sebab depa tak rasa susah. Tapi tunggu 10 tahun lagi, jumlah Melayu akan turun secara drastik. Masa tu, bila DAP menang kat Pangkor, geng-geng Zambry jugak la yang akan jerit…”orang Melayu dipinggirkan”.

Maklumat tentang Pangkor dan Manjung masih dalam perjalanan. Jadi aku belum boleh siarkan, tapi hasil dari gerakan member-member di Manjung sudah cukup untuk menelanjangkan Zambry. Aku akan tunjukkan macam mana beribu hektar hutan simpan sudah terlepas ketangan orang asing. Kawasan yang dulunya bebas dijelajah oleh orang kampung sekarang sudah tidak boleh diakses.

Kawasan pantai yang dulunya bebas digunakan oleh nelayan, tidak lama lagi akan menjadi kawasan larangan buat nelayan.

Bukan itu saja, semakin lama, semakin banyak kawasan di Pangkor yang sudah tidak boleh diakses oleh penduduk tempatan. Kawasan-kawasan tersebut sudah jadi milik swasta.

Zambry dan penyokong Umno riuh rendah bila Nizar umumkan pemberian tanah kepada penghuni PPRT dan Kampong Baru, tapi diam bila tanah-tanah rizab Melayu tergadai ketangan orang asing.

Bukan setakat tanah-tanah yang tergadai, malah Pengkalan Tentera Laut di Lumut juga kini sudah terdedah kepada ancaman asing. Pengkalan Tentera Laut kini cukup mudah diceroboh apabila lebih 1000 hektar yang dahulunya hutan simpan di Teluk Rubiah, kini sudah dijual kepada syarikat dari Brazil. Berapa keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri? Apa nikmat yang akan diperolehi oleh rakyat tempatan?

Teluk Rubiah terletak bersebelahan dengan Teluk Batik. Tak lama lagi, Teluk Batik pun tak boleh masuk. 
Sapa yang nak mandi kat Teluk Batik, lebih baik pi mandi kat Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Macam mana rupa pantai Padang Kota Lama, Penang…macam tu la keadaan yang akan berlaku di Teluk Batik bila jeti syarikat kilang bijih besi mula beroperasi.

Pengkalan TLDM juga terletak berdekatan dengan Teluk Rubiah dan Teluk Batik. Bila siap jeti yang berharga RM700 juta untuk mengangkut bijih besi nanti, kapal-kapal TLDM akan jadi macam bot nelayan. Apabila beroperasi nanti, kapal-kapal pengangkut bijih besi yang akan memasuki jeti di Teluk Rubiah akan memenuhi pantai. Kapal pengangkut bijih besi yang akan masuk ke Teluk Rubiah merupakan kapal yang terbesar didunia. Setiap kapal sebesar tiga padang bola. Masa tu, kapal TLDM jadi macam bot nelayan.

Kawasan seluas lebih 1000 hektar dimana pusat pengumpulan bijih besi ini pula merupakan kawasan persendirian. Kawasan tersebut sudah dijual kepada syarikat Vale dari Brazil. Kerajaan negeri sudah tak ada hak bagi kawasan tersebut. Ia sudah jadi macam kawasan autonomi Brazil sebab ia adalah milik sepenuh Vale Brazil. Macam mana kawasan strategik yang bersebelahan dengan Telok Batik dan pengkalan TLDM boleh dijual bulat-bulat kepada syarikat asing?

Pantai Teluk Rubiah adalah diantara pantai yang cukup cantik di Lumut. Pantainya landai dan airnya bersih tapi sekarang sudah tidak boleh diakses. Bukit-bukit ditarah…bukan saja dengan jentolak malah menggunakan dinamite. Macam mana dinamite boleh digunakan dikawasan yang berhampiran dengan pengkalan TLDM?

Dalam dua tiga hari lepas, seorang pegawai tinggi TLDM meletak jawatan. Mengapa seorang yang berpangkat Timbalan Panglima Tentera Laut boleh meletak jawatan? Timbalan Panglima bukan ahli politik yang naik secara membodek. Pegawai tentera bukan naik kerana bermain politk tapi bila ada orang politik yang mempermainkan Tentera Laut, dia tak boleh tahan.

Dah berapa biji kapal tentera laut yang terbakar?
 Berapa biji kapal tentera laut yang kondem?

Orang politik menggunakan Tentera Laut sebagai alat untuk mengumpul duit.Orang politik memperjudikan keselamatan tentera laut untuk kepentingan politik.Tentera laut yang tak ada kena mengena dengan kapal selam pun tak boleh nak masuk kapal selam, tapi blogger Umno boleh masuk..siap dengan ambik video lagi!! Dimana keselamatan negara?

Sekarang..tanah berdekatan pengkalan TLDM sudah diambil alih oleh syarikat dari luar negara…apakah keselamatan yang boleh dijamin terhadap pengkalan TLDM?

Kalau sebelum ini, Laksamana Pertama Imran Abdul Hamid menyertai Pas kerana tidak puashati dengan apa yang dilakukan oleh Umno/BN terhadap Tentera Laut, kini Laksamana Madya Dato Wira Jamil Haji Osman pula meletak jawatan.

Zambry dalam bahaya. Mengapa?

Kalau ada orang Pakatan yang nak berpeluk dengan Zambry..nanti dulu.
 

AL FATIHAH: PUTERA KEDUA DULI YANG MAHA MULIA SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT PAGI INI: RAJA DATO' SERI ASHMAN Sultan Azlan Shah

Raja Dato' Seri Ashman holds a Degree in Economics from the University of Nottingham, England, a Master of Laws from Cambridge University;[1] Barrister-at-Law from Lincoln's Inn, London, and a Diploma in Business Law from University of London, England.

[edit] Business career

Raja Dato' Seri Ashman has held a number of professional positions. These include:

Executive Director of Dreamland Holdings Bhd. - since 1990 (Director 1988-1990) Chair of the Board of Trustees of Haqqani Foundation Malaysia (HFM)- since 1994 Chair of Dwitasik Sdn. Bhd. Director of KKB Engineering Bhd.
[edit] Religious

His Highness also holds an Ijazah (permission of investure) in the Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism from Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim 'Adil al-Haqqani, the Grand Mufti of Cyprus and Imam of the Naqshbandiya-Haqqaniya Order of Sufism.


ZAR ALI

Impeachment: Bukti Nalla Dan Umno-APCO Buta Undang-Undang!

 
Tiada peruntukan atau duluan (precedent) di Dewan Rakyat bagi mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual, kata PKR.

Naib Presiden N Surendran berkata, dengan evolusi proses seperti usul tidak percaya dan siasatan jawatankuasa terpilih parlimen, mekanisne impeachment kini sudah lapuk dan di England sendiri kali terakhir berlaku 200 tahun lalu.


"Rasional penggunaan impeachment untuk memastikan menteri dan pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara bersikap telus.


"Mencadangkannya ia digunakan terhadap ketua pembangkang menunjukkan salah faham terhadap proses impeachment itu.


Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment terhadap Anwar. Peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.


Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.


“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.


Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.


Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
 
 
Jalan Pulang

Siri Ceramah@YB Saifuddin Nasution bin Ismail@blakang KBMC 240312

Thursday, March 29, 2012

PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui pilihan raya

Anwar: SPR Terus Melakukan Penipuan

Di tengah-tengah kebimbangan awam yang semakin meningkat pilihanraya umum ke-13 akan banyak menjurus kepada tipu helah dan penipuan secara terang-terangan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat beliau bahawa mereka tidak akan mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan kerajaan Perdana Menteri Najib Razak, jika Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang keras kepala gagal untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya yang bermakna. 

"Kami mempunyai bukti yang menarik dan fakta untuk menyokong hujah kami bahawa proses pilihanraya adalah satu penipuan. Jadi itulah isunya dan ia akan mempengaruhi keputusan kami," Anwar memberitahu satu sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Usaha tinggi hasil tiada

Najib dijangka untuk membubarkan Parlimen persekutuan dan mengadakan pilihanraya di seluruh negara sebelum akhir tahun ini. Selain daripada kerajaan persekutuan, pakatan Barisan Nasional Najib menguasai 9 negeri, manakala Pakatan mengawal Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Jika Pakatan Rakyat berjaya mengalahkan BN seperti yang dikatakan, maka PU-13 Najib hanya akan melihat penyertaan daripada 9 negeri-negeri BN termasuk perebutan untuk 222 kerusi Parlimen persekutuan. Tempoh Pakatan dalam negeri yang ditadbirnya hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Setakat ini, usaha untuk merombak sistem terkenal rasuah pilihanraya di negara ini telah meningkat. Malah Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya dimana Najib dengan tidak rela menubuhkannya selepas mercu tanda Julai 9, 2011 perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil telah dituduh berat sebelah dan enggan menerima cadangan pembangkang, ‘NGO’, kumpulan hak sivil serta badan-badan pemantau pilihan raya.

Hanya sehari yang lalu, SPA membuat kesimpulan mesyuarat akhir dengan kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN tidak dapat bersetuju mengenai terma cadangan yang dibua tkepada Parlimen. Malah, pengerusi Maximus Ongkili, yang merupakan seorang wakil BN, telah berkata SPA akan membentangkan usul pada hari Isnin walaupun terdapat "perbezaan pendapat".

Keputusan akhir di tangan kerajaan negeri

Aduan dari Bersih dan Pakatan bahawa majoriti saranan mereka telah ditolak, dan satu-satunya konsesi adalah penggunaan dakwat kekal.

Selain daripada itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menuduh SPR - yang disebabkan oleh pelaksanaan cadangan SPA – yang mengheret kakinya ke atas pembersihan daftar pemilih, yang diburukkan oleh nama-nama rekaan, duplikasi dan terdapat beribu-ribu contoh di mana umur pengundi berdaftar jauh melebihi 100.

"Kami masih harus menyatakan bantahan kami yang kukuh kerana sehingga kini, SPR tidak membersihkan daftar pemilih, terutamanya apabila pilihanraya adalah terlalu dekat," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berusia 64-tahun itu juga berkata keputusan muktamad terletak pada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, dan para pemimpin masih mengkaji keberkesanan mengadakan pemilihan serentak. Takut pemanipulasian daftar pengundi boleh banyak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat, tekan Anwar.

"Saya fikir kita perlu duduk bersama mereka lagi. Tiada keputusan telah dicapai setakat ini. Kita mempunyai pilihan sama ada kita harus memegangnya semua bersama-sama tetapi ia masih terbuka," katanya.

Bermatlamat 2/3 dengan taktik kotor?

PU-13 Malaysia yang ditunggu-tunggu akan menjadi pilihanraya yang paling hangat dipertandingkan sejak kemerdekaan daripada pemerintahan British pada tahun 1957. Ia telah dianggap sebagai Ibu Segala Pilihanraya Kotor, dengan tiada sebrang tindakan diambil oleh pentadbiran Najib yang dijangka sepenuhnya menggunakan semua jentera kerajaan dan rasmi untuk menjamin kemenangan ke atas Pakatan Rakyat.

Najib baru-baru ini berkata dalam satu temu bual dengan agensi berita asing bahawa ia akan menjadi sukar bagi BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang ia kalah buat kali pertama dalam 5 dekad semasa pilihan raya umum 2008. Walaubagaimanapun, dalam bulatan politik, ia adalah diketahui bahawa beliau telah memberi jaminan kepada ketua-ketua partinya bahawa beliau akan menyampaikan dua pertiga dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan semua cara dan kaedah yang ada.

"Ya, dia masih boleh merebut dua pertiga. Sistem pilihanraya sangat, sangat lemah dan mudah untuk dimanipulasi kerana dominasi politik BN lebih daripada 55 tahun yang lalu. Ini telah membenarkan mereka untuk berkelakuan sepertimana yang mereka mahu, meletakkan semua tanda henti dan cek untuk memastikan mereka menang. Inilah mengapa SPR melambatkan dan enggan untuk membuka gulung audit," beritahu naib presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Batu, kepada Malaysia Chronicle. -mc



Arus Perjuangan

Umno Jangan Jadi Gila..... Kembali lah Kepada Islam.... PKR: Tiada peruntukan untuk 'impeachment' di Parlimen


NONETiada peruntukan atau duluan ( precedent) di Dewan Rakyat bagi mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual, kata PKR.
  Naib Presiden N Surendran berkata, dengan evolusi proses seperti usul tidak percaya dan siasatan jawatankuasa terpilih parlimen, mekanisne impeachment kini sudah lapuk dan di England sendiri kali terakhir berlaku 200 tahun lalu.

"Rasional penggunaan
impeachment untuk memastikan menteri dan pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara bersikap telus.

"Mencadangkannya ia digunakan terhadap ketua pembangkang menunjukkan salah faham terhadap proses
impeachment itu.

Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan
impeachment terhadap Anwar. Peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu./MalaysiaKini.



AGEN DSAI

Mahathir Kecam Amerika kerana Najib hentikan import minyak Iran..

 
Dengan melantik Apco sebagai penasihat kerajaan Malaysia, Iran yang dianggap musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia.

Lebih dikesalkan lagi Malaysia sebuah negara yang berpengaruh di dalam Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dalam masa yang sama menghentikan import minyak Iran.

Ini menunjukkan Malaysia tunduk terhadap lobi Israel dan Amerika Syarikat.


Bagi menunjukkan atau memperbodohkan rakyat, Tun Mahathir membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang kononnya memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit sedangkan Malaysia adalah negara yang merdeka.


Untuk mengimport atau tidak itu adalah hak Negara kita kerana Negara kita bukanlah tanah jajahan Israel atau Amerika Syarikat..


Tidak terfikirkah Najib dengan menghentikan import minyak dari Iran itu, Negara kita yang dikatakan Negara Islam telah menindas Negara Islam yang lain..

******************************************
 Tun Mahathir kecam Amerika sekat minyak Iran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit.



Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi.


“Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak Iran sedangkan orang lain enggan berbuat demikian.


“Sekiranya negara lain enggan berbuat demikian, mereka akan mengambil tindakan umpamanya menyekat dagangan, mata wang dan pelbagai lagi.


“Amerika Syarikat hendak buat sesuatu buatlah tetapi mengapa perlu paksa negara lain. Cara mereka seolah-olah membuli negara seperti kita tetapi dia tidak berani lakukan terhadap China, India ataupun Eropah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium bertajuk Budaya Global Menghasilkan Perpaduan Sejagat di sebuah resort di Melaka semalam.


Dr Mahathir berkata, kenaikan harga minyak yang berlaku juga disebabkan oleh AS.


“Amerika patut bayar semua kenaikan yang berlaku dan tidak sepatutnya rakyat yang menanggung semua ini.


“Ini tidak adil bagi negara miskin yang terjejas disebabkan kenaikan harga minyak sehingga banyak syarikat penerbangan mengalami gulung tikar,” katanya.


Beliau berkata, di Malaysia terdapat subsidi harga minyak yang diberikan kerajaan, namun ia akan meningkat sekiranya harga minyak terus naik.


“Apa yang dilakukan terhadap Iran hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini dengan menggunakan alasan kononnya negara terbabit ada membangunkan nuklear,” katanya.


Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan AS berkuat kuasa. -



Sinar Harian

Kebakaran Di Suria KLCC, Orangramai Kosongkan Bangunan ??

 
Satu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.

Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.

Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Wilayah Persekutuan Azizan Ismail mengesahkan kejadian tersebut dan berkata api telah berjaya dipadamkan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.









Kelab Greenboc

UMNO MASUK CAMPUR URUSAN SPRM ?

 
Beruas 29 Mac – Ada pihak yang disyaki membiarkan United Malay National Organisation (UMNO) campurtangan dalam urusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga memperolehi maklumat dalaman siasatan yang belum selesai.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, hari ini menuntut pihak SPRM supaya menjelaskan keadaan yang mencurigakan itu.

Menurut beliau, dua hari lalu sebuah akaun Twitter, “Sungai Rapat” telah menyiarkan bahawa Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, bakal didakwa di mahkamah berkaitan perniagaan jahitan yang melibatkan isteri beliau sebagai seorang pelabur pasif.

“Akaun ‘Sungai Rapat’ ini dipercayai diselenggara oleh kalangan yang diupah oleh EXCO BN Perak, Dato’ Hamidah Osman,” kata YB Ngeh dalam kenyataan media beliau hari ini. Sungai Rapat adalah kawasan Dewan Undangan Negeri Hamidah.

Ngeh mendakwa bahawa jika pun benar dakwaan akan dibuat terhadap pihak berkenaan, sesuatu yang aneh maklumat sebegitu boleh diketahui UMNO, memandangkan siasatan masih lagi berjalan. Menurut beliau, jika UMNO boleh masuk campur dan memiliki maklumat-maklumat khusus tentang siasatan SPRM ia menunjukkan secara jelas bahawa SPRM tidak sebenarnya bebas.


“Kita minta Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed untuk memberikan penjelasan demi mengekalkan integriti SPRM dalam siasatan tersebut,” ujar Ngeh lagi.


Barisan Nasional diketahui menggunakan taktik mengheret pimpinan Pakatan Rakyat ke mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak berasas demi menghalang usaha mereka berkempen menentang salahguna kuasa Barisan Nasional. 

Antara yang telah dihadapkan ke mahkamah demi mengganggu kerja politik mereka termasuklah Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Tian Chua, Tony Pua, Lau Weng San, Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Hatta Ramli. – Roketkini.com 


Kedah.kini

Murtad: Kemuka bukti, jangan tuduh sahaja

Polis Pukul Peneroka Felda Lahad Datu ? Betul ke?

 


Ini gambar apa? Itulah yang aku terfikir ketika mula2 tengok gambar di atas neh. Orang kata neh gambar polis sedang membantai orang. Orang yang dimaksudkan disini ialah peneroka felda. Depa dibantai atas sebab apa aku tak pasti. Tapi caption menyatakan begini ;

tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah

Menurut rakan blogger, benda neh diambil dari fb. Fb mana? Sapa? Tidak dinyatakan. So macam mana kita nak tolong dia nyatakan apa yang dia rasa? Maklumat bersifat separa spekulasi macam neh nak ulas memang susah. Macam mana nak kata polis tue salah? Macam mana nak kata peneroka tue betul? Nak citer apa pun bagi lah lengkap selengkap selengkapnya. Barulah kita boleh up penghujahan kat sini.

Kalau betul dorang kena bantai sebab mengamok tanah kena rampas, nak juga aku up isu neh. Tapi kalau dok citer separuh2 macam neh baik toksah lah. Buang masa. Kang orang kata kita fitnah jek. Gambar hanya boleh menceritakan satu2 keadaan tetapi bukan hal sebenar. Ingat tue. Bai

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz1qYatacqE

Al fatihah - Police traffic knocked down by speeding bus at CIQ

 


Video Tragis: Anggota Trafik Maut Dilanggar Bas Yang Sedang Laju di Johor Bahru

KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa.

Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Mungkin selama ini ramai di kalangan masyarakat sering memaki hamun para pegawai polis trafik yang bertugas dengan pelbagai kata-kata kesat kerana disaman setelah melakukan kesalahan di jalanraya.

Namun apa yang masyarakat terlupa bahawa para anggota trafik di seluruh negara dibayar gaji untuk menunaikan amanah tersebut dan terpaksa bersabung nyawa berkhidmat kepada rakyat negara ini selain mencari ‘sesuap nasi’ untuk anak serta isteri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir dari mereka yang dibuktikan menyalahguna kuasa dan menerima rasuah dari pesalah trafik, namun wajarkah kita menabur persepsi buruk terhadap semua anggota trafik di negara ini?

Cuba bayangkan perasaan kita jika ayah, abang, ibu, kakak atau saudara mara yang kita sayangi bertugas sebagai anggota trafik dimaki hamun ‘sesedap rasa’ sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka yang diamanahkan?

Gembira? Suka? Sedih? Kecewa? Malu? Atau apa?

Justeru, fikir-fikirkanlah tentang persepsi masing-masing terhadap para anggota trafik yang banyak berjasa kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira tempat, masa atau keadaan. – Mynewshub.my

[BONGKAR] Bukti Umno BN mohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia Jun ini

 

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.


"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.


Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.


Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.


"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang. 


P/s: Anda masih percaya kepada Kerajaan umno BN untuk masa depan anak-anak anda? 

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1qYNNYAPV