Followers

Friday, March 30, 2012

Impeachment: Bukti Nalla Dan Umno-APCO Buta Undang-Undang!

 
Tiada peruntukan atau duluan (precedent) di Dewan Rakyat bagi mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual, kata PKR.

Naib Presiden N Surendran berkata, dengan evolusi proses seperti usul tidak percaya dan siasatan jawatankuasa terpilih parlimen, mekanisne impeachment kini sudah lapuk dan di England sendiri kali terakhir berlaku 200 tahun lalu.


"Rasional penggunaan impeachment untuk memastikan menteri dan pihak yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara bersikap telus.


"Mencadangkannya ia digunakan terhadap ketua pembangkang menunjukkan salah faham terhadap proses impeachment itu.


Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment terhadap Anwar. Peguamnya Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.


Bercakap lanjut, Surendran berkata rakyat tidak pernah percaya dengan pembohongan tanpa sebarang rasa malu yang dilakukan oleh Nallakaruppan dan konco-konconya yang sentiasa cuba menyerang peribadi Anwar.


“Mereka (rakyat) memberikan sokongan, kepercayaan, dan simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpin beliau,” kata Surendran.


Memetik laman Malaysiakini, 28 Mac lalu, Shafee dan Nalla, beserta Anuar Shaari, Umi Hafilda Ali, Datuk Zulkifli Noordin dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengumumkan penubuhan ‘Gerakan Anti-Anwar’.


Ia kononnya bertujuan menyekat kemaraan politik Anwar, dan salah satu caranya adalah dengan mengusulkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parlimen untuk melucutkan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
 
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.