KOTA BHARU - Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam
kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.
Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.
Pada 19 November lalu, Nik Aziz berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.
Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.
Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.
Ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), baginda berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri.
Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.
"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam hal-hal sebegini," katanya.
Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa banjir ketika lawatannya ke beberapa tempat yang dilanda banjir esok.
-sinarharian.com/Malaysia Chronicle

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.