Followers

Thursday, December 27, 2012

Fathul Bari saran Pas keluar Pakatan - Wartawan Sinar Harian

Fathul Bari
Fathul (tengah) pada sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.
 
SHAH ALAM – Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas hari ini dilihat menggadaikan prinsip dan pendiriannya serta tidak selantang dahulu dalam mengemukakan isu.

Pak Karamu:
Kenyataan alama muda UMNO Fathul Bari adalah dangkal,tidak matang dalam politik tanah air, kenyataannya mudah dinilai, tujuannya adalah untuk memenangkan partinya (UMNO) Jika PAS keluar PR sudah tentu BN kekal berkuasa dan PR kecundang
“Kita nasihatkan Pas keluar PR, walaupun akan menjadi minoriti tetapi dia (Pas) akan lebih dimuliakan kerana prinsipnya. “Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya.

Pak Karamu:
Kita nasihatkan kepada UMNO yang menerajui BN supaya tendang keluar MCA dan GERAKAN dulu, kerana parti itu menghina hukum islam dan bangsa melayu, walaupun nanti UMNO akan hilang nama dan kuasa maka ia akan dihormati
"Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno Selangor, semalam.

Pak Karamu:
Satu kenyataan yang bodoh dan bebal, rupanya dia tak tahu perlembagaan negara menyekat hukum hudud dilaksanakan,macam nama UMNO boleh terima dia sebagai pengurusi alama muda UMNO ? Kenyataannya macam orang bodoh

Fathul mendakwa, hanya kerana kuasa dan Putrajaya prinsip dan pendirian Pas selama ini tergadai begitu sahaja. Beliau berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR pada hari ini disifatkannya menggadai pegangan-pegangan asal parti itu.

Pak Karamu:
Hanya kerana nak kekalkan kuasa UMNO Pengurusi ILMU ini meminta PAS keluar dari PR kenyataan inilah menunjukkan kelemahan Fathul Bari didalam percaturan politik, bukan saja lemah tapi bodoh

"Mungkin kerana Putrajaya atau kelemahan mereka serta kuasa membuatkan mereka jatuh ke tahap ini. “Tidak dapat dinafikan manusia jatuh kerana pangkat, kuasa dan harta. Ini juga satu muhasabah kepada Umno sendiri, jika berlaku perselisihan pendapat, jangan kerana kuasa semata-mata kita gadaikan pendirian dan prinsip kita tentang agama,” katanya.

Pak Karamu:
Kelemahan UMNO kerana ada orang yang seperti Fathul Bari, kerana dialah nanti UMNO cepat terlingkup, ternyata dia mengakui bahawa UMNO gila kuasa kerana UMNO tidak mungkin bermuhasabah, lagipun UMNO mana ada kaitan dengan agama ?

Dalam pada itu, Fathul berkata, belum PR menawan Putrajaya, telah timbul pelbagai kontradiksi dalam pakatan pembangkang berkenaan dan dijangka akan lebih parah sekiranya mendapat kuasa itu. 

Pak Karamu:
PR belum lagi memerintah dia dah tahu apa yang akan berlaku, elok la ko jadi tok Mo UMNO
Katanya, dalam PR, tiada agenda Islam, yang ada hanya mempertahankan perlembagaan sedia ada termasuk Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. “Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.

Pak Karamu:
Kenyataan ini seolah-olah dia mahu mengatakan perlembagaan negara adalah lemah, ini bererti perlembagaan negara tidak dapat memyelamatkan umat islam dari MURTAD, ertinya jika ramai yang murtad adalah kerana kelemahan perlembagaan negara, bukankah Fathul bari sudah menyingkap kelemahan perlembagaan negara serta memperlecehnya ?

“Pas dalam bab ini menyebut bahawa negara berkebajikan disebut adalah manifesto itulah negara Islam sebenar, tetapi saya katakan pada mereka, kenyataan itu salah kenyataan kerana DAP sendiri memaklumkan negara berkebajikan dalam manifesto, PR bukan negara Islam sebaliknya negara sekular,” katanya.

Pak Karamu:
Sah ,Fathul ini tak tahu agama,  Apakah Fathul Bari ini tak sedar bahawa UMNO juga bapak sekular yang didalamnya juga menolak hukum hudud ?

Beliau turut mempersoalkan pertembungan dan percanggahan dalam pakatan ini dan tidak relevan untuk diberi mandat untuk memerintah. “Pas nak bawa objektif dia, DAP kata tak boleh dah janji dah. Lim Guan Eng kata dah jelas kepada Pas dan juga PKR pelaksanaan hudud tak dibenarkan kecuali dengan persetujuan DAP," katanya.

Pak Karamu:
Nama je alama tapi kerja dia melaga-lagakan orang, dia masih jahil tentang perlembagaan negara yang tidak membenarkan hukum islam dilaksanakan, sepatutnya jika dia ada semangat islam dia tak masuk UMNO.
 
 
PakKaramu 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.