KOTA BHARU: Rakyat Kelantan masih lagi mengingati aksi ganas kumpulan
samseng yang dinamakan Pemuda Tahan Lasak digunakan Umno bagi menghalang
kemaraaan PAS di Kelantan.
Kumpulan samseng tersebut digunakan secara meluas terutamanya di Rantau
Panjang sehingga mereka menghalang penduduk mahu keluar mengundi dengan
membakar sebuah jambatan.
Penduduk veteran di kampung tersebut memberitahu mereka terpaksa dikawal
anggota tentera untuk balik daripada mengundi di Gual Periuk pada 1969.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,
situasi yang pernah berlaku di sini pada 1960-an kini seperti mahu
dihidupkan kembali pihak terbabit.
“PAS ada banyak pengalaman pada 1969 apabila Umno dalam keadaan hampir
kalah pilihan raya mereka mencetuskan budaya samseng bagi mewujudkan
suasana takut dalam kalangan rakyat.
“Tanda-tanda Umno kehilangan kuasa semakin jelas sehingga mereka
melakukan sesuatu seperti orang hilang pedoman. Mereka terlalu takut
dengan kekalahan.
“Rakyat mesti menolak parti yang mengamalkan budaya politik samseng
termasuk mengganggu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat,” katanya di sini.
Malam semalam sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN
dilaporkan mengganggu ceramah Pakatan di Dataran Sharuddin, Batu 8
Gombak sehingga ada penyokong parti yang cedera.
Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sindrom takut
dan rimas Umno terbawa-bawa kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib
Abdul Razak sehingga was-was bagi mengisytiharkan pilihan raya umum
ke-13.
“Ini perkara luar biasa yang berlaku di negara kita sekarang. Ia
menimbulkan persoalan besar kepada masyarakat. Tak pernah berlaku dalam
sejarah Malaysia pilihan raya lewat macam ini,” ujarnya.
Harakahdaily.com
Harakahdaily.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.