Keganasan Umno Di Gombak
Grup Pemikir Muda turut meluahkan rasa kesal dan hina terhadap provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional di Gombak Utara semalam.

Kekesalan ini terhasil saat melihat anak-anak muda yang
dimanipulasi serta dipergunakan oleh pemimpin Barisan Nasional demi
mengaburi kelemahan mereka untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat secara ilmiah.
Anak-anak muda seharusnya mempunyai pemikiran yang tuntas dan segar, jangan jadi tua sebelum usia. Kenapa wujud anak muda yang tunduk kepada pemerintah korup?

Jangan anak muda letakkan mereka
pada aras kehinaan, diberi upah yang tidak seberapa dan akhirnya tidak
ada nilai yang mereka perolehi.
Lintasan sejarah mengukir nama-nama pemuda yang hebat, salah seorangnya adalah, Sultan Muhammad al-Fateh yang Berjaya menakluk Constantinople, merupakan anak muda yang hebat bukan sahaja jitu dari segi fizikal malah keilmuan yang dimiliki baginda ketika berumur 21 tahun.

Selain itu,
anak muda juga boleh berbangga dengan Saidina Ali bin Abi Talib, yang
tidur di katil Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Hijrah lantas berjaya
mengagalkan satu percubaan membunuh baginda.
Grup Pemikir Muda menyeru kepada semua anak muda di Malaysia untuk menghancurkan kubu ketakutan yang dibina oleh pemerintah, teguhkan pendirian dan kekal kental menghadapi sebarang ugutan dan tohmahan yang dilemparkan.

Percayalah pada janji Tuhan, kebatilan itu akan lebur saat hadirnya kebenaran dan kezaliman itu akan hancur saat munculnya keadilan.
"Dan Allah akan menolong engkau dengan pertolongan yang perkasa. Dia (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang Mukmin supaya bertambah keimanan mereka di samping keimanan mereka (yang telah ada).

Dan kepunyaan Allah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah itu
al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).
Kerana akan
dimasukkan orang Mukmin dan Mukminat ke dalam syurga yang mengalir di
bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan Dia (Allah)
hapuskan daripada mereka kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian
itu pada sisi Allah adalah kejayaan yang besar.
" Surah al-Fath yang
bermaksud kemenangan.
Kita perlu tingkatkan maruah anak muda, jangan lagi dibenarkan anak muda ditelunjuki dan diarah untuk menjadi alat dan perkakas kepada individu yang korup dan biadab. Anak muda perlu hayati budaya ilmu, persiapkan diri dengan pengetahuan.

Biar perkakas Barisan Nasional dengan pemikira
feudal mereka, kita bersaing dengan ilmu dan hujah. Tindakan samseng
mereka hanya memperjelaskan ketakutan yang mereka hadapi kini.
AHMAD AMIR ARSHAD
Dewan Pemuda Muhammad Al Fateh
Grup Pemikir Muda
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.