Followers

Saturday, December 1, 2012

Timbalan Menteri Bangap Menyalahkan PR Buat Saham FGV Jatuh ?

Harga Saham FGV jatuh sebab Pakatan Rakyat jahat kata Ahmad Maslan..

Written By canang 

Harga Saham FGV jatuh sebab Pakatan Rakyat jahat kata Ahmad Maslan..
 

Apa yang menyerlahkan kebodohan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga ketua penerangan UMNO ini ialah apabila beliau berkata laporan negative adalah punca harga saham FGV terus menjunam..


 
Ini kerana selain FGV, Lynas yang beroperasi di Gebeng juga mendapat laporan-laporan yang negative mengenai operasinya tetapi biarpun begitu Saham Lynas meningkat A5.5 sen atau 8.73 peratus kepada A68.5 sen.

Harga saham Lynas Corporation melonjak selepas syarikat itu menyatakan yang konsentrat bumi nadir telahpun tiba untuk pemprosesan di kilangnya di Gebeng, Kuantan.

Laporan berkaitan..

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.

Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.


Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad ketika mengulas mengenai trend penurunan harga berkenaan pada pertengahan Oktober lalu berkata perkara itu hanyalah sementara kerana ia bergantung kepada harga pasaran komoditi sawit dunia.

Isa berkata situasi berkenaan "tidak membimbangkan" dan yakin harga saham tersebut akan meningkat semula dalam tempoh terdekat berikutan komoditi kelapa sawit yang sentiasa mendapat permintaan tinggi oleh pengguna
~ Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.