SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Selangor menyifatkan tindakan Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf bagi pihak Umno dan kerajaan
atas segala kesalahan dilakukan adalah sandiwara politik
semata-mata.
Mereka menyifatkan ia tindakan terdesak bagi menarik semula
sokongan rakyat kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN) menjelang
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, tindakan Najib itu dilihat tidak lebih daripada strategi dalam menawan hati rakyat dan cuba untuk membersihkan kembali imej Umno yang tercalar dengan pelbagai skandal.

“Mereka cuba pulihkan kembali imej untuk kaburi mata rakyat.
Dia
(Umno) macam orang tenggelam yang sanggup menggapai apa saja hatta nak
berbaik balik dengan Pas," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali pula menganggap tindakan Najib itu hanya sandiwara politik kerana terdesak dan kegagalan mereka dalam memperlihatkan dasar perjuangan yang jelas.

Katanya, ucapan dasar Najib semasa Perhimpunan Agung Umno ke-66
itu juga tidak menonjolkan bagaimana Umno berperanan untuk mampu
memartabatkan orang Melayu dalam soal melibatkan ekonomi, keselamatan
dan pendidikan.
“Yang ada masih lagi serangan terhadap PR dan pemimpin yang bersifat fitnah dan peribadi. Memang benar Umno terdesak dan ini bukan soal untuk minta maaf tetapi rakyat mahu perubahan secara keseluruhan,” katanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim pulaberkata,
memohon maaf itu adalah perkara biasa tetapi apa yang lebih penting
adalah komitmen dalam menangani isu-isu seperti rasuah dan
sebagainya.
“Ini menunjukkan kekuatan PR dan kebangkitan rakyat, dan
Najib tahu mungkin ini perhimpunan terakhir Umno dalam menerajui negara
dan dia (Najib) tahu tidak ada cara lain dalam menarik sokongan rakyat,
jadi terpaksa meminta maaf,” katanya.
Di KOTA BHARU, Timbalan Pesuruhjaya
III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu
seolah-olah pilihan terakhir Umno dan BN setelah menyedari rakyat
menolak mereka pada pilihan raya umum lalu.
“Permohonan terlewat, apabila
sudah hampir pilihan raya umum, orang semua marahkan Umno, dan dia
(Umno) fikir sudah tak ada jalan lain bagi membetulkan keadaan kecuali
meminta maaf.
“Bagi kita, permohonan maaf ini satu kenyataan terdesak,”
katanya.
Ditanya adakah kemungkinan rakyat akan terpengaruh dengan
permohonan maaf secara terbuka itu, Mohd Amar berkata, beliau yakin
rakyat mampu menilai dengan bijak setiap kenyataan yang dibuat oleh
pemimpin politik. ~sinar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.