Begitu gairah dalam tulisan tersebut dengan menceritakan isu ba'aih
talak 3 yang dikaitkan dengan Dato' Fauzi Shaari, nampak benar sudah
hilang pedoman juak-juak UMNO dalam menaburkan isu-isu untuk mendapat
perhatian walaupun isu tersebut adalah rekaan kerana tidak keluar dari
kenyataan Dato' Fauzi Saari sendiri.
Tentulah kerana majalah tersebut dipengerusikan oleh Tun Faisal. Tapi yang paling jelas Gambar Naib Presiden UMNO dari Sabah iaitu Dato' Shafie Afdal tidak dimuatkan. Kenapa?
Sedangkan gambar Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang
lain iaitu Dato' Hishamuddin dan Dato' Zahid Hamidi dimuatkan, nampak
semacam ada permainan yang ketara dalam media baru pemuda UMNO. Apakah
agenda disebalik pengeluran majalah media baru tersebut.
Selidik punya selidik ada hubung kait dengan percaturan politik Sabah
dan UMNO. Di Sabah nama Dato' Shafie disebut-sebut akan bertanding di
Dewan Undangan Negeri pada PRU13 nanti dan tentunya sekira Sabah masih
dikuasai oleh UMNO nama Dato' Shafie Afdal akan diangkat sebagai Ketua
Menteri, pertanyaan yang ada dikepala kita sekarang,apakah kecantikan
majalah yang dipengerusikan oleh Tun Faisal itu dibaiyai oleh Ketua
Menteri Sabah sekarang?.
Manakala dalam UMNO pula semua maklum selepas PRU13 nanti UMNO akan
mengadakan pemilihan pucuk ;pimpinan, perlu diingat tentunya Khairy
Jamaluddin akan menawarkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden
UMNO, tentulah salah seorang Naib Presiden UMNO Sekarang mesti
dikalahkan untuk memberi peluang menang kepada Khairy Jamaluddin.
Apakah
Tun Faisal diberi mandat melalui media dan penulisan untuk memadamkan
Dato' Shafie Afdal dari terus menjadi Naib Presiden UMNO.
Tinggi permainan Media Baru Pemuda UMNO Malaysia. Sambil menyelam sambil minum air, harap-harap perut tidak akan kembung.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.