KOTA KINABALU 30 DISEMBER: Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan
Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.
Ahmad Yunin menyerahkan
borang keahlian kepada Datuk Seri AnwarIbrahim selepas Ketua Umum
KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini,
malam tadi.
Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri
Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan
cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.
Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk
tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.
Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali
dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.Sabah
yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan
Rakyat pada PRU 13.
Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan
Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada
Pakatan, beberapa bulan lalu. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.