Isa dan Syafie bersama pemimpin PAS dan penyokong selepas membuat laporan polis.
TEMERLOH: Peneroka
Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh
berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa
menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk
mendengar ceramah anjuran PAS.
Isa @
Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis
bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang
jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk
berurusan keluar.
Dalam
laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara
samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan
di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.
Tambahnya,
keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal
keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul
demokrasi.
Sementara
itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis
di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada
memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran
pihak IPD Maran.
Dalam
laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan
melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang
pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.
Tegas
Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana
mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman,
menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.
Turut
berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka
PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail,
Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid
Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan
serta para peneroka.
Kelmarin,
Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta
dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran,
Kuala Krau dan Jerantut.
Program
jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula
kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti
ceramah dan mengedar risalah.
Rombongan
yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga
mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila
dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di
masjid di situ.
Bagaimanapun
apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka
23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan
sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan
Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.
Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.
Konvoi
Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang
Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk
ke situ.
Namun
begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen
Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar,
minum petang dan ceramah ringkas.
Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.
Ceramah
pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11,
terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.