KUALA TERENGGANU - Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk
mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah
memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yasin.
Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap
kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana
mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih
baik kepada negara.
"Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda... tadi saya nampak poster "Orang Muda sokong BN"...mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian
ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau
Bahagia Manir di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya BN memberi
jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah
mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian
kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.
Menurutnya
pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga
kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan
selamat.
Katanya dalam melaksanakan amanah tersebut kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik.

"Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk
menjadi negara maju...setiap peringkat rakyat...tua muda semua
kaum...
Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan
pembelaan secukupnya," katanya.
Timbala Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.
Timbala Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.
Beliau menegaskan parti
Pas tidak akan dapat menjadi pembela nasib orang Melayu dan Islam di
negara ini sebagaimana yang Umno lakukan selamanya.
"Bila kita bantu
rakyat, Pas kata ini rasuah, saya tidak tahu fatwa mana yang mereka
pakai, ini tanggungjawab kerajaan kepada rakyat," katanya dan menurutnya
kerajaan BN tidak pernah pilih kasih dalam membantu rakyat.
Dalam pada itu, Muhyiddin yakin Terengganu akan kekal diperintah BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang dengan adanya sokongan setiap lapisan rakyat jelata yang ingin melihat perubahan dan pembangunan berterusan di negeri ini.

Katanya sokongan rakyat Terengganu
kepada Umno dan BN dijangka meningkat pada PRU-13 berbanding pilihan
raya umum yang lepas.
"Marilah kita sama-sama tekad dan berazam untuk
membawa perubahan kepada masyarakat Islam di negeri kita ini di bawah
Umno dan BN," katanya.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 15,000 rakyat itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2.9 juta untuk membaik pulih rumah orang miskin dan beberapa projek kemudahan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir. ~bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.