Contoh Mesin Slot |
Masalah mesin kuda di Pekan Tronoh semakin meruncing akibat
pertambahan kedai kedai ini tanpa dapat dibendung lagi.
Rata rata
pengunjung adalah dari bangsa Melayu dan Islam.Tidak ketinggalan
terdapat juga para pelajar turut terlibat sama.
Para pengunjung adalah
mereka mereka dari kampung kampung Melayu yang berdekatan dan juga dari
kampung kampung melayu dari Bota dan Lambor.
Yang menjadi kehairanan
tiada langkah pencegahan yang dibuat oleh pihak berkuasa samada dari
pihak Polis ataupun Pihak Kerajaan Tempatan.
Jangan jadikan alasan tiada
lapuran dibuat sebagai senjata kenapa tiadanya serbua atau pensitaan
dibuat.
Pertambahan kedai mesin slot ini jugu diakibatkan dengan
pertambahan lot kedai yang begitu mendadak di Tronoh menyebabkan sewa
kedai begitu murah disni.
Kedai kuda ini nampaknya beroperasi secara
terang-terangan.
Biasanya kedai ini mengunakan kod pengiklanan
rahsia,namun walaupun begitu sekiranya serbuan hendak dilakukan kedai
kedai ini senang sahaja untuk dikenal pasti.
Cuma kaki kaki judi dapat
mencari kedai ini dengan mudah.
Kesannya keatas penjudi ini adalah begitu
buruk sekali.Akibat judi,mereka kekurangan wang dan tidak mustahil
mereka akan menjadi penjenayah untuk mendapatkan wang.
Ada juga pejudi
pejudi adalah datang dari golongan peniaga kecil Melayu.Akibat dari
ketagihan judi ini menjadikan perniagaan mereka tidak dapat berkembang
dan menjadi merosot.
Sekiranya mereka tetap meneruskan aktiviti ini
,tidak mustahil suatu hari nanti perniagaan mereka akan ditutup kerana
tidak dapat menyediakan modal pusingan.
Oleh itu hendaklah pihak kerajaan
yang ada mengambil langkah yang berkesan untuk menyekat gejala
ini.Sekira nya anda tidak mampu.Pakatan Rakyat sentiasa bersedia
mengambilalih tugas anda.
Msinc-Pernah tengok seorang teman yang awal awal bulan dah minum air paip sebab dah kehabisan wang gaji akibat bermain kuda ini.
Telok Bakong
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.