Ingat tak berita ini: "Penyelaras
BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed akhirnya mengaku bahawa
pemimpin Umno telah menyeleweng dan mengkhianati amanat rakyat semasa
pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008."
Empat hari selepas ketua perompak Selangor mengaku
mereka memang perompak... mereka umum 5000 orang akan sertai mereka...
!!! Hello... Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Myanmar, Minah Indon, sila
beratur.. IC dah siap..!
BN Selangor Kenal Pasti 5,000 Individu Minat Sertai BN
KLANG: Barisan Nasional (BN) Selangor dengan kerjasama badan
bukan kerajaan (NGO) mesra BN telah mengenal pasti 5,000 individu di
negeri ini yang berminat menyertai BN.
Penyelaras BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
berkata mereka akan menyertai BN secara keahlian terus pada majlis yang
akan diadakan sempena Karnival Sayangi Selangor di i-City di sini.
"Ini adalah salah satu usaha BN bekerjasama dengan NGO untuk mendekati
rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke-11
Kuil Hindu di Kapar di sini hari ini.
Mohd Zin berkata BN telah banyak menyelesaikan kes rakyat tanpa negara
membabitkan India Malaysia dan meminta pihak-pihak tertentu tidak
mempolitikkanisu itu.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi
harapan baru kepada rakyat melalui program kerajaan dan transformasi
ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup di negara ini.
Mengulas mengenai karnival selama empat
hari yang akan diadakan 29 Dis ini,Mohd Zain berkata orang ramai boleh
menikmati kemudahan parkir percuma sepanjang karnival itu berlangsung. BERNAMA
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.