Rahsia .. hehehehe macam celebriti pulak dia ni. Popular la katakan ..
“Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu
lagi.
“Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor
keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik,” katanya
Aku mula-mula ingat baru 25 tahun usia dia ni. sekali baca dah 45 daaaa ... baguslah nak ikut sunah nabi juga akhirnya. he
SEJAK penglibatannya dalam pentas politik, Ummi Hafilda Ali tidak
putus-putus dilanda kontroversi sehingga ada berita yang mengatakan
beliau sudah berkahwin dan bercerai sebelum ini.
Terbaru, Ummi Hafilda, 45 dikhabarkan bakal berkahwin dengan lelaki
pilihannya, seorang pakar terapi kecantikan, Dr Zaman Khan, 33.
Namun katanya, tarikh dan lokasi perkahwinan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.
“Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu
lagi.
“Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor
keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Ummi Hafilda yang tidak menyangka perkenalan singkat dengan lelaki kelahiran Pakistan itu sampai ke tahap merancang perkahwinan.
Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Dr Zaman Khan tidak teragak-agak
melahirkan hasrat untuk menyunting Ummi meskipun beliau menolak
berkali-kali atas faktor usia.
“Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan
ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang
menyentuh hati saya.
“Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia
mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia
menjaga solat,” katanya yang mungkin bakal berbulan madu di Eropah.
Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, “saya tak
nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik.”
“Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami
berkahwin pun dia tidak hadir... pergi majlis orang lain boleh.
"Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik,” jelasnya.
Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya.
“Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga.
“Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham,” katanya
yang pernah membawa Dr Zaman ke salah satu ceramah politiknya sebelum
ini.
PBO: aku tak bermusuh dengan dia, tapi aku meluat dengan dia. hahhahaha
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.