Followers

Monday, November 12, 2012

WANITA INDONESIA DAKWA DIROGOL TIGA ANGGOTA DI BALAI POLIS

Aboo Muaz 
Photo
 
 Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.


Ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu.

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.



http://tenterasemutgerup.blogspot.com/2012/11/apakah-malaysia-negara-polis-boleh.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.