|
TABAH.....Walau
diganggu gugat dan diugut, namun generasi muda Labuan tetap tabah
menghadapi saiwar politik yang dilancarkan UMNO tetap menyerahkan borang
kemasukan dan penubuhan ranting di Markas PKR Labuan yang diterima
oleh Ibrahim Menudin.
Saudara Pengarang,
TINDAKAN
UMNO Labuan yang menggunakan pelbagai cara untuk menghalang penubuhan
Ranting (cawangan) PKR yang ketiga di Labuan jelas dilihat sebagai bukti
akan hakikat UMNO Labuan yang kian terdesak.
Kejadian pada petang
kelmarin membuktikan hakikat ini. Pembukaan Ranting PKR Sg Labu
dijadualkan pada pukul 8 malam, 10 November 2012 bertempat di halaman
sebuah rumah penduduk kampung tersebut.
Sekumpulan
anak muda penduduk kampong Sg Labu terus cekal dan berazam untuk
meneruskan program ini walaupun menempuh banyak halangan dan ugutan dari
pelbagai pihak sejak beberapa hari yang lalu.
Namun,
mereka akhirnya terpaksa akur dan mengalah dengan ugutan yang dibuat
pada pukul 6 petang sebelum majlis tersebut dijadualkan. Ini disebabkan
ugutan tersebut membabitkan bantuan rumah Program Pembangunan Rakyat
Termiskin (PPRT) yang telah diluluskan kepada seorang penduduk kampung
tersebut yang merupakan nenek kepada seorang anak muda yang terlibat
dalam program ini.
Apa
yang lebih menyedihkan dan pada masa yang sama, amat memalukan kerana
ugutan ini dibuat sendiri oleh beberapa Pemimpin Tertinggi UMNO Labuan.
Alternatif
terakhir mereka untuk membatalkan program ini ialah dengan ugutan untuk
menarik balik kelulusan bantuan PPRT kepada nenek tersebut. Secekal
mana pun hati anak muda ini untuk meneruskan majlis ini akhirnya cair
dengan rayuan dan linangan air mata nenek agar cucunya tidak meneruskan
majlis tersebut.
Akhirnya,
majlis ini dibatalkan walaupun persediaan akhir seperti penyediaan
makanan, khemah,kerusi meja, penyediaan sistem audio dan sebagainya
sudah lengkap dibuat.
Amat
menyedihkan bila Pemimpin UMNO Labuan gagal mengikut arus peredaran
zaman yang serba maju seperti pada hari ini. Mereka masih gagal
menyedari akan hakikat bahawa gaji mereka dibayar oleh pembayar cukai
dan pendapatan cukai Negara apabila dengan berani mengugut hak rakyat
secara terang-terangan.
Demokrasi
terpimpin adalah antara slogan-slogan manis yang digunakan oleh
pemimpin UMNO dan BN bagi menghalalkan mereka mencabul kesucian
demokrasi. Inilah demokrasi yang dibangga-banggakan oleh pemimpin
Umno-BN di negara ini, konon ia adalah yang terbaik di dunia.
Apakah
pemimpin ini sudah lupa daratan dan tidak sedar bahawa golongan
pembayar cukai ini termasuk penyokong atau pembangkang kepada parti
memerintah? Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu itu ada hak
untuk menyokong mana-mana parti di Malaysia ini.
Tindakan
pemimpin seperti ini benar-benar menghina kebijaksanaan kita sebagai
manusia dan tindakan terdesak ini tidak seharusnya dilakukan oleh
seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat.
Inilah
bukti yang memperlihatkan bagaimana UMNO Labuan tidak mampu berhadapan
dengan lawan mereka secara bermaruah. Bagaimanakah Malaysia amnya dan
Labuan khususnya boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang
matang jika rakyat terus membiarkan pemimpin-pemimpin seperti ini
berkuasa untuk mengurustadbir pulau ini?
Kasihan
sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan
idea, kekurangan pemimpin berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri
dengan tindakan dan ugutan yang jelas kurang cerdik.
Kenapa
perlu mereka menekan sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat?
Adakah ini satu amalan demokrasi yang sihat? Adakah konsep demokrasi
tulen ini tidak difahami oleh para pemimpin UMNO Labuan atau sengaja
tidak mahu memahaminya demi kepentingan periuk nasi mereka?
Demokrasi
yang sebenar, yang memberi kebebasan memberi pendapat, kebebasan
bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun telah menjadi suatu yang
janggal kepada mereka dan tidak boleh dilaksanakan di Negara ini.
Mereka
hanya boleh terima demokrasi ala UMNO dan BN sahaja. Bagi fahaman
mereka demokrasi ialah mengundi UMNO dan BN dalam setiap pilihanraya dan
Negara akan jadi huru-hara kalau parti pembangkang memerintah.
Negara
kita semakin parah. Tidak cukup dengan segala usaha UMNO menguasai
media, demokrasi di negara kita kian terhakis dan dicemari dengan
idealogi dan dakyah halus UMNO.
UMNO
ingin dilihat sebagai satu-satunya parti yang layak memerintah dan
pembangkang digambarkan sebagai nyamuk yang sentiasa menganggu
ketenteraman rakyat tanpa memberikan peluang pihak lain menjelaskan
keadaan sebenar.
Hidup
kita rakyat Malaysia kian tergugat disebabkan hakikat DEMOKARASI tulen
kian hambar di bawah penguasaan UMNO. Tiada lagi badan, agensi hatta apa
sekalipun kecuali suara keramat rakyat yang mampu menyedarkan UMNO dan
memperbetulkan sistem yang telah rosak ini.
Bagaimanapun,
kecekalan sekumpulan anak muda ini amat terserlah apabila nekad untuk
meneruskan penubuhan Ranting PKR Sg Labu yang hanya dihadiri oleh AJK
mereka dalam majlis yang serba ringkas di Markas PKR Labuan jam 9 malam
tadi yang dirasmikan sendiri oleh Tan Sri Ibrahim Menudin.
Adalah
diharapkan semangat anak muda ini akan menjadi inspirasi pembakar
semangat kepada anak tempatan Labuan dalam perjuangan menuntut hak dan
keadilan. Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah untuk anak
muda ini.
Salam Hormat,
PKR LABUAN
|
Followers
Sunday, November 11, 2012
UMNO LABUAN KIAN TERDESAK?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.