Followers

Wednesday, November 14, 2012

SPRM tidak bolih diharap, rakyat kena siasat sendiri


SPRM (Suruhanjaya Penggalak Rasuah Malaysia) 
 
Skandal rasuah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong 21 November ini bagi menyiasat sendiri skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
 
Menurut beliau, pemergiannya ke sana selama dua hari itu bagi mendapatkan kepastian sama ada kes tersebut ditutup kerana tiada bukti mengaitkan rasuah atau tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Malaysia.
 
Kes ini muncul apabila jutawan balak Sabah, Michael Chia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Hong Kong kerana membawa wang berjumlah S$16 juta (RM40juta) yang beliau dakwa wang tersebut adalah milik Musa.
 
Pada 11 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ICAC setelah tiga tahun menjalankan siasatan membersihkan Chia dari tuduhan rasuah.

Rafizi berkata, jawapan Nazri itu tidak meyakinkan dan kerana itu beliau sendiri akan bertemu pihak ICAC.
 
Rafizi Ramli
“Kita mahu ICAC beri penjelasan sama ada betul atau tidak mereka bersihkan Musa dan Chia sebab tiada bukti atau Peguam Negara dan kerajaan Malaysia yang tidak memberikan kerajasama,” tegasnya.
 
“Kami sudah hubungi ICAC dan tidak terdapat satu pengesahan pun daripada mereka yang mengatakan kes tersebut telah ditutup atas alasan tiada elemen rasuah telah dikenalpasti.
 
“Terdapat juga kekeliruan kerana menteri di negara ini pertahankan bahawa badan tersebut yang membersihkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan ahli perniagaan, Micheal Chia, sedangkan status di negara itu sekiranya melibatkan kes kerajaan negara lain dan tidak mendapat kerjasama, dalam masa tiga tahun mereka akan tutup kes,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
 
Dalam pada itu, Rafizi berkata, bagi meneruskan kempen skandal pemimpin Umno itu, beliau akan menyerahkan petisyen kepada Ahli Parlimen Hong Kong dan badan bukan kerajaan (NGO) di sana.
 
“Saya akan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang; Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
 
“Kita akan bertemu dengan NGO dan semua Ahli Parlimen Hong Kong untuk menyerahkan petisyen mengenai skandal tersebut supaya mereka boleh membawa isu tersebut di Parlimen mereka,” ujarnya.
 
 


Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.