Followers

Thursday, November 22, 2012

Rupanya Yang Di Sanjung-Sanjung Ni Profesor Kangkung Posted by Addin

 
Malam tadi saluran televisyen propaganda Umno No 3 telah menyiarkan rakaman slog SoalJawab yang menampilkan cendekiawan Melayu yang juga seorang da'i dan murabbi negara bernama Sidek Baba. 

Isu yang dibahaskan - disoal dan dijawab dari satu pihak, ialah mengenai kontroversi doa yang dibaca selepas solat hajat di di stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, yang antara lain meminta agar kerajaan BN KO atau hancur.

Sidek BabaTampaknya ahli dan penyokong Umno begitu takut dengan doakan berkenaan. Kenapa?  Alasan doa itu dipohonkan kepada Allah s.w.t. kerana kerajaan BN telah berlaku zalim dan penganiayaan kepada rakyat.

Saluran tv propagnda No 3 itu seperti juga ahli Umno kepanasan dan tidak boleh duduk diam ikut bangkit sama mempertahankan kerajaannya dan dalam masa sama menghentam Pas yang menganjurkan doa berkenaan. 


Tv No 3 berkenaan cuba menggambarkan kepada umum, Pas sebuah parti yang unIslamic dan berperangai buruk dan salah akidah. Salah satu ikhtiar untuk memburuk Pas sebenarnya, bukan menjernihkan keadaan maka Sidek Baba dipanggil untuk bersekongkol dengan Umno. 

Maaflah taraf Sidek Baba dalam mempertahankan isu doa ini lebih kurang taraf anak dara tua yang sanggup memjadikan ibunya sebagai alat kerana mahu melepas dendamnya kepada Anwar Ibrahim.

Kenapa dikatakan begitu kerana kalau tv 'cepuah' berkenaan bersikap adil, soaljawab itu tidak hanya menampilkan satu pihak sebaliknya menampilkan sama seorang yang bertindak sebagai menjawab dan membela Pas berhubung doa berkenaan. 


Tetapi apakah daya setakat itu sajalah tahap profesionalisme kebebasan media di negara ini, selalu bersikap memasukkan seseorang yang dibencinya dalam guni kemudian dilanyak dan dipukul beramai-ramai.

Mengikut rancangan itu semalam barang kali bukan saja saya, tetapi orang lain juga yang sebelum ini mengkagumi Sidek sebagai seorang ahli akademik atau menurutnya sendiri sebagai da'i dan murabbi terkejut dan terbeliak mata mendengar hujah dan juga alasan yang diberikannya.

Mungkin ada yang tidak sangka sudah sejauh itu Sidek Baba sekarang terhayut dan lara didalam arus Umno. Iya, kalau kita tidak tahan dengan asakan dan paluan Umno tetapi janganlah sehingga chasisnya lari begitu jauh.Orang berstatus seperti Sidek bukan bukan menjadi penghasut menyesatkan Umno tetapi memberi pencerahan. Itu sepatutnya.


Saya berkata ini bukan apa, Sidek yang hari pertama saya mengenali dan berjumpa dengannya seorang yang berani, nampak istiqamah dengan perjuangan. Jarang seorang akademik dan profesionalisme yang setegasnya waktu itu. Itulah menyebabkan saya meletakkan rasa hormat tinggi kepadanya. 

Tetapi hanya sedikit saja ujian Allah campakkan ke atasnya, ditangkap kemudian ditelanjakan, Sidek sudah jadi hilang akal sudah memusnahkan mahkota dirinya selama ini.

Tentang doa itu tampaknya Sidek sepakat dengan pandangan orang Umno lain yang merasakan doa itu tidak kena ataupun tidak sesuai dibaca kerana doa seperti itu tidak pernah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagi Sidek doa KO BN itu sebagai melampau dan menyesalkan. Katanya tidak ada berlaku sebelum ini orang Islam mendoakan kehancuran orang Islam lain.


Di dalam 'perkuk' akademiknya, Sidek berpendapat doa itu tidak wajar dihalakan kepada kerajaan BN kerana kerajaan BN tidak zalim dan tidak boleh dipohonkan Allah binasakannya. Apa  yang dipatutnya didoakan minta agar kerajaan sejahtra.

Sidek lantas memberi bukti menunjukkan kerajaan BN adil dan berlaku saksama dengan mengatakan di universiti tempatnya mencari makan, (Universiti Islam Antarabangsa) telah membuka atau turut memberi peluang kepada anak-anak penyokong pembangkang memasuki universiti berkenaan. 


Kerajaan juga telah banyak menyediakan segala macam kemudahan untuk rakyat. Beliau juga turut menyebut peranannya (angkat bakul sendiri) mengatakan telah menganjurkan beberapa program untuk kebaikan anak bangsa.Dari itu nampak semacam benar kata-kata pandita ini. 

Tetapi soalnya apakah hanya dari sudut itu saja untuk diterima bahawa kerajaan BN telah berlaku adil. Itulah yang Sidek nampak dan ianya sangat naif sekali. 

Kenapa Sidek mempersempitkan minda sendiri semata-mata untuk membela Umno. Umno boleh dibela dalam kerangka yang lebih luas dan rasional. 


Sebagai seorang ilmuan dia anggap cendekiawan dia sepatutnya menyuluh dengan lebih luas lagi untuk melihat sejauh mana keadilan BN yang dipujinya itu.Beliau patut melihat doa yang dibaca itu dalam konteks politik dan lokasi di mana ianya dibaca. Mungkin dari segi politik apa pun alasan doa seperti itu tidak wajar. 

Tetapi apa yang mustahak dilihat ialah lokasi doa itu dibaca, iaitu di Kelantan. Kita selalu mengatakan keadilan itu kerana meletakkan sesuatu di tempatnya?

Dalam konteks Kelantan doa itu adalah sesuai kerana kezaliman dimaksudkan itu berlaku di Kelantan. Sidek tidak akan merasakan kerajaan BN zalim dan kalau beliau tidak menyuluh dari sudut itu. Dan beliau tidak mengatakan kerajaan BN adil dan tidak kejam kerana memberi peluang untuk hidup senang lenang kepadanya. 


Pendapat begitu telah tidak meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.Untuk lebih adil sebelum bercakap, Sidek perlu duduk di Kelantan, menyelam hati dan perasaan orang Kelantan dan melihat dengan mata murabbi dan cendekiawannya apa berlaku di sana. 

Sidek kena tanggakan spek brand Umno yang dipakai itu, barulah ia dapat melihat dan menilai dengan adil kemudian membuat justifikasi terhadap doa demikian.

Beliau kena interviu rakyat Kelantan bukan saja yang sewarna dengannya tetapi warna-warna lain juga. Untuk itu Sidek kena faham apa itu federalisme dan juga memahami apa yang digaris dalam persetujuan semasa membentuk kerajaan bersekutu dulu. 


Keadilan itu boleh diiktiraf apabila ia memberi kesamaan hak kepada semua tanpa dipisah oleh fahaman dan ideologi politik. Adalah tidak adil dan sesuatu kekejaman juga kalau Sidek membuat ulasan itu dengan mengambil kira apa yang beliau lihat dari luar Kelantan. 

Mengenai kezaliman BN di Kelantan semua orang sudah mengetahuinya. Apakah bagi Sidek itu bukan zalim dan ia hanya satu penderaan politik kerana tidak semua orang Kelantan menyokong BN?

Doa yang meminta BN dihancurkan itu bertolak dari kezaliman dan pengkhianatan kerajaan BN ke atas Kelantan itu. Doa itu tidak akan lahir kalau bukan kerana kezaliman yang dirasai. 


Doa itu adalah berbentuk umum kepada parti BN dan bukan individu di dalam Umno. Saya juga akan menentang kalau ada pihak yang mendoakan secara khusus kepada mana-mana individu di dalam BN atau mana parti politik. 

Tetapi doa di stadium malam itu bersifat general ke atas BN sebagai sebuah kerajaan bukan sebagai individu insan beragama Islam.Doa-doan sebegitu bukan tidak pernah dibaca oleh para ulamak dan aulia.

Kezaliman kerajaan Firauan, Haman, Namrud dan sebagainya dibaca, malahan ianya diperpanjangkan sampai ke hari ini. Malaysia sendiri membaca doa itu untuk melaksanakan Israel dan zionis. Apakah tidak terlatas di telinga Sidek. 


Nah... status atau pun kedudukan doa terhadap kejahanaman Isrel itu samalah dengan status doa di stadium itu dalam konteks kezaliman kerajaan BN ke atas rakyat Kelantan. Sebagai murabbi Sidek tentu membaca dan menelaah al Quran. 

Cuam Sidek cari apa yang saya katakan ini dan faham dengan betul. Saya mintalah Sidek duduk mencakung atas tunggul mati dan kentut... cuba hidu!

Sebagai ahli akademik dan cendekiawan Sidek patut menggunakan ilmu atau kedudukannya itu di tempat yang seadil-adilnya. 


Beliau patut sedar orang atau golongan sepertinyalah diharapkan oleh rakyat untuk menyatakan sesuatu dengan benar. Orang berilmu selalunya bercakap benar, tidak mudah terpengaruh ataupun menjadi pelesit kepada mana-mana pihak.

Malangnya dengan apa yang dilontarkan Sidek menerusi slog soaljawab sehala itu, dengan menggunakan bahasa yang tertib dan wajah yang tawaduk beliau ikut sama mencemarkan dirinya dengan pandangan ilmiah yang beliau berikan.

Cara Sidek mempertahankan kerajaan BN tidak zalim sama seorang perempuan yang bertutup aurad, nampak warak, sopan santuh tetapi sedia melacurkan diri untuk mendapat rezeki.


Biarlah saya katakan kepada cikgu Sidek ini bukan tidak boleh menyokong Umno kerana kita ada pegangan dan pandangan masing-masing, tetapi kalau sampai melacurkan cendekiawan yang ada kerana tidak mahu susah payah dan takut diuji ia sesuatu yang sangat keji. ~mso

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.