Rafizi
menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan
2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.
KUALA LUMPUR :
Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal
tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya
umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.
“Banyak
penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita
dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan
menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang
akan tumbangkan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.
Pada 2
November, Rafizi mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di
Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik
Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Menurut
Rafizi, pada 3 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan
meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda
keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada
ASLI-YNS.
Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah di sekitar Pantai Teluk Kemang, meluluskan projek dan menghalau peniaga tempatan.
Ekoran
itu, lebih kurang 100 wakil peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen
awal November lalu bagi membantah kezaliman kerajaan negeri.
“Banyak lagi bukti penyelewengan mereka dan kita akan terus dedah sehingga menjelang PRU 13,” kata Rafizi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.