Followers

Thursday, November 29, 2012

"Mana pergi duit pampasan RM207 bilion ini? kata DS Nizar.

Nizar temu Pak Hashim, buruh paksa landasan maut.

25 November, Changkat Jering - DS Nizar bersama Pak Hashim bin Yaakub, buruh paksa landasan keretapi maut dekat Burma. 


Pak Hashim berada dekat sana 3 tahun 8 bulan 1942 - 46. Dengan diberi gaji tiga baht duit Siam. Masa jadi buruh paksa beliau masih berumur 26 tahun.


Kaum keluarga telah pun buat tahlil kerana kehilangannya yang tidak dapat dikesan. Apabila kembali kekampung sebaik selesai Perang Dunia Kedua, kaum keluarga buat pula kenduri kesyukuran. 

Pak Hashim didakwa berumur 112 tahun. Perbezaan beliau dengan allahyarhamah isteri 10 tahun. Isteri beliau meninggal pada usia 92 tahun, sepuluh tahun dulu.


DS Nizar menjelaskan kepada Pak Hashim Yaakub, kerajaan Jepun sudah bayar pampasan sebanyak RM207 bilion untuk mangsa. 

Kerajaan Indonesia pun sudah beri pada mangsa. DS Nizar juga menjelaskan jika pampasan ini diberi, mangsa boleh mendapat antara 2.5 juta hingga 3 juta ringgit.


Sepuluh tahun dulu ramai mangsa masih hidup. DS Nizar berjanji kepada Pak Hashim Yaakub, beliau akan terus membela nasib mangsa dan waris buruh paksa keretapi maut Burma
 
DS Nizar mempersoal kenapa kerajaan BN tak mau jawab isu ini.

"Mana pergi duit pampasan RM207 bilion ini? kata DS Nizar.

Turut bertemu Pak Yaakub, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad, S/U Fadhil Idris Kawasan dan Muhamad Tiang, AJK Pas Perak.~ Pakkaramu
 
 
Shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.