Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.
Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.
“Kalau dia tahu malu dan bertanggungjawab, sudah lama dia letak
jawatan. Petronas merupakan syarikat milik negara. Mahathir tak boleh
gunakan pengaruh beliau rompak harta negara untuk diagih kepada anak
pinak,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi.
SapuraKencana dilapor memaklumkan bursa saham pada 1 November lalu
mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn
Bhd dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam
laut selam tiga setengah tahun.
Satu lagi anak syarikat, Kencana HL
Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and
Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia. Projek itu
dikatakan terletak 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mencabar Mahathir
selaku Penasihat Petronas untuk membuktikan beliau tidak terlibat dalam
penganugerahan kontrak tersebut.
“Mahathir tak boleh nafikan itu, semua dasar penswastaan bertujuan mengkayakan keluarga sendiri,” kata Azan lagi.
Majalah perniagaan Malaysian Business melaporkan Mokhzani antara tiga
tokoh perniagaan Melayu terkaya di Malaysia. Beliau menduduki tangga
ke-19 dalam senarai majalah itu dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6
bilion.
Mohkzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad, Tongkah Holdings Berhad dan Pantai Holdings Berhad.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.