Sultan Hina Rakyat
![]() |
| DITANGKAP MENGHINA SULTAN |
Isu
menghina raja adalah isu panas di Malaysia pada masa ini dan sesiapa
menghina sultan diperlakukan seperti satu kesalahan jenayah.
Digari,
ditangkap,dikurung, didera mental dan rakyat kena merasai kehidupan di
lokap hanya kerana menegur atau mengatakan sesuatu terhadap mereka.Jika
terlepas satu tuduhan maka dituduh pula denagn tuduhan yang lain.
![]() |
| DITANGKAP MENGHINA SULTAN |
Siapa pula selepas ini?
Kenapa
harus ditangkap seperti seorang penjenayah, bukankah undang-undnag
membenarkan mereka untuk saman malu dan tidak perlu bersusah payah
meminta pengakuan bersalah dari orang yang ditangkap kerana mahkamah
akan memutuskan jika benar berlaku penghinaan dan akhirnya perlu
membayar ganti rugi dan sebagainya kepada orang yang kena hina.
![]() |
| Sultan Johor & TMJ |
Agak
menghairankan, bila tuan empunya badan (Sultan & pihak istana)
tidak membuat laporan polis rasa terhina tetapi yang membuat laporan
polis adalah mereka rakyat yang merasakan dirinya berdarah raja.
Seharusnya jika benar sultan itu rasa terhina, seharusnya dia sendiri
yang membuat laporan polis.
Adakah dikatakan menghina sultan apabila kita katakan bahawa sultan dan kerabat hidup dengan subsidi rakyat?
Hakikatnya,
memang benar Sultan & kerabatnya hidup dengan hasil kekayaan negeri
tanpa perlu berusaha keras seperti rakyat. Bukan penulis cemburu
terhadap sultan tetapi kenapa pula harus anak bini mereka juga diajar
dengan sifat hidup dengan subsidi kerajaan yang mana ianya duit rakyat?
Berapa
banyak hasil balak, cukai , projek kerajaan, dan apa jua kekayaan yang
mereka perolehi hanya dengan gelaran sebagai sultan, Ini tidak termasuk
kaum kerabat dan suku sakat mereka. Jika dipersoalkan, mereka katakan
diri mereka kaya sejak dulu lagi tetapi masih juga mahukan elaun
bulanan, mahukan subsidi kerajaan, mahukan projek kerajaan untuk kaum
kerabat dan seterunya.
![]() |
| Projek Kerajaan Untuk Kaum Kerabat Istana |
Berbalik
kepada tajuk artikel kali ini Sultan Hina Rakyat, jika kita ungkapkan
persoalan diatas maka dengan pantas kita dikatakan mempersoalkan hak
raja, mempertikaikan perlembagaan dan tidak kurang parti politik
kerajaan dan pembangkang mengambil kesempatan demi kepentingan politik
dengan menunjukkan sokongan mereka kepada raja.
Penulis
tertarik dengan ucapan Sultan Terengganu baru-baru ini yang jelas
ditujukan kepada rakyat jelata tidak kira samaada rakyat Negeri
Terengganu atau Malaysia secara amnya.
Artikel
ini memperlekehkan tuntutan rakyat terhadap hak mereka, mungkin boleh
juga kita katakan ianya menghina perjuangan rakyat dalam mendapatkan hak
mereka.
Sedangkan kita mengetahui yang meminta adalah mereka
(istana) untuk konsesi balak, projek kerajaan, subsidi kehidupan untuk
mereka dan kaum kerabat dan akhirnya segala bentuk projek kerajaan yang
mampu mereka perolehi melalui syarikat-syariakt yang ada kaitan secara
lngsung atau tidak denagn mereka.
Sidang DUN Selangor – Ucapan Perbahasan Enakmen Perbekalan Tambahan 2012
13. Peruntukan tambahan sejumlah RM 772,779.00 adalah wajar untuk
tujuan emolumen dalam Peruntukan Di Raja. Kakitangan istana perlu
diberikan pengiktirafan kerana khidmat mereka menjaga dan memuliakan
institusi terpenting di Negeri Selangor iaitu Institusi Raja.
Kita perlu
mendukung sebarang usaha untuk mempertahankan kedaulatan Raja – Raja
Melayu. Kita tidak mengambil daulat Raja seperti yang dilakukan oleh
UMNO. Malahan kita mengharapkan Raja – Raja kita berdaulat dan terus
menjadi payung keharmonian dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Negeri
Selangor.
Pinang bulat di atas para,Ucapan Menteri Besar Selangor
Mengkuang disisir tidak akan layu,
Hilang daulat ke mana Raja,
Hilang Raja ke mana Melayu.
Budget yang diberikan masih tidak mencukupi dan diberikan tambahan lagi. Bukankah ini juga sikap meminta minta oleh pihak istana?
Tetapi
tidak pula mereka rasa bersalah bila rakyat ditegur sedemikian
sedangkan itu hak rakyat untuk menuntut dan meminta demi kebajikan
mereka denagn sumabngan cukai yang dibayar bukan sekadar meminta tanpa
sebarang sumbangan cukai.
Tidakah kita rakyat rasa tersinggung dengan ungkapan seperti ini?
Tetapi
siaplah kita untuk mengarahkan seorang sultan ditangkap kerana menghina
kehendak rakyat. Bukankah subsidi dan bantuan adalah tangungajwab
kerajaan dalam mentadbir urus negara dan menjamin kebajikan rakyatnya.
![]() |
| Sultan Terengganu |
"Baginda bertitah untuk rakyat berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan semata-mata"
Soalan Rakyat 1
Apa
akan terjadi kepada seorang rakyat marhaen yang mungkin dengan niat
yang baik menulis di facebook atau blog agar Sultan & pihak istana
berubah dan berusaha gigih dan jangan mengharap bantuan kerajaan dalam
menampung perbelanjaan mereka
Soalan Rakyat 2
Atau
seorang rakyat marhaen meminta Sultan & Istana agar tidak terus
dengan mentaliti meminta dan minda subsidi tetapi meminta pihak Sultan
& Istana berdikari sendiri denagn kadar peruntukkan hanya diberikan
kepada seorang sultan sahaja dan tiadanya subsidi untuk kaum kerabat dan
segala kemewahan yang lain.
Apa
akan terjadi kepada mereka yang menulis ungkapan seperti ini di laman
facebook atau blog mereka. Adakah mereka bakal diambil tindakan menghina
sultan dan memepertikaikan hak raja-raja melayu?
Jika
ini dikatakan menghina maka dengan jelas Sultan Terengganu juga telah
menghina rakyat dengan ucapan yang sedemikian rupa. Adakah pihak polis
dan pihak berkuasa berani mengambil tindakan seperti mana rakyat
diperlakukan apabila dituduh menghina sultan?
Pihak kerajaan harus berwaspada kerana yang salah diberikan perlindungan dan yang benar dihukum. Jika ini krisis yang berterusan maka akan hilang rasa hormat dan sayang pada raja oleh rakyatnya kerana sifat dan sikap mereka membuatkan rakyat membencinya.
Mampukah pihak berkuasa menghukum setiap rakyat yang berkata dan menghina sultan disetiap ceruk kampung, kedai kopi, pejabat dan sebagainya? Jangan kerana ketaatan membuta tuli dan sifat raja yang angkuh dan tidak mencerminkan keperibadian yang baik akhirnya bakal meruntuhkan institusi diraja di Malaysia.








No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.