Sultan Ululamri
![]() |
| Kita Wajib Taat Kepada Ululamri (Raja & Pemerintah) |
Kenyataan
pedas and bersifat ululamri seorang Sultan yang berusaha memartabatkan
agamanya dan ianya sifat yang harus dipuji abapila berani menegur
kesalahan walaupun hakikatnya ianya ditujukan kepada orang politik
kerajaan atau pembangkang.
Penulis
meneliti video YB Nurul Izzah dan jelas apa yang disebut memang agak
kurang menyenangkan sebagai umat Islam untuk kita medengarnya.
Walau
apapun penjelasan YB Nurul Izzah kita harus dengar dan teliti apa yang
disebut walaupun tidak membenarkan murtad tetapi apabila membenarkan hak
memilih agama tanpa paksaan bagi orang melayu bermakna kita membenarkan
pilihan agama bagi orang melayu dan akhirnya bakal mengundang gejala
murtad.
Ada masanya pepatah melayu penuh makna bagi setiap kita dan ini
juga ungkapan yang terbaik bagi YB Nurul Izzah.
"Terlajak Perahu Boleh Diundur,
Terlajak Kata Badan Binasa"
Tetapi
bersifat Ululamri memerlukan lebih dari hanya mengeluarkan kenyataan
dan ianya juga harus digunapakai pada diri kita sendiri dan keluarga dan
rakyat jelata.
Tetapi adakah kenyataan seperti ini diguna pakai di
kalangan kerabat diraja yang kononya selalu dijulang sebagai golongan
ululamri yang harus kita taat dan patuh dan tidak menegur mereka kerana
mereka itu dikatakan ululamri.
Benarkah apa yang diungkapkan sebagai
sultan dan raja merupakan golongan ululamri atau Ululamri yang dirujuk
dalam Al Quran & Hadis adalah golongan Ululamri yang sebenarnya
bukan golongan Ululamri yang bersifat hipokrit dan hanya berucap kerana
simbol agama tetapi MUNGKIN tidak pula mempraktikan agamanya dalam
kehidupanya atau sifatnya.
"Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa
terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,
Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas
memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama."
Jika
ianya mengejutkan bagi seorang ululamri, maka bagaimana pula dengan
koleksi bahan tatapan anak sendiri yang jelas jauh memilih kehidupan
yang lebih bebas dari agamanya walupun beliau sentiasa ke masjid &
surau dalam urusan perasmian sebagai simbol agama islam negeri.
Bukankah
ini merupakan hak kebebasan memilih walaupun dirinya itu seorang Islam
tetapi memilih perkara yang jelas lari dari akidah Islam.Bukankah selaku
islam kita tiada pilihn dalam hal hal sedemikian.
Adakah ini juga tidak mengejutkan bagi seorang yang dikatakan ululamri? Antaranya..
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad
Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang
pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam
mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
Apa
pula komen terhadap kebebasan memilih yang ditunjukkan oleh anak
sendiri lebih jauh terpeeong akidahnya dan lebih memalukan tangan tangan
inilah yang merasmikan masjid masjid dan surau surau.
Tidakah
seharusnya sikap lebih tegas ditunjukkan dalam isu seperti ini jika
benar Sultan itu bersifat ululamri dan rakyat akan hormat dan patuh
kepada sultan yang berani menegur dan menghukum mereka yang bersalah
tidak kira kerabat diraja atau rakyat. Jangan pula rakyat dihukum dan
diri mereka terlepas dari segala hukuman.
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas
dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap
mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung
mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan,
khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa."
Tepat
sekali MAIS dalam menyebut peranan mereka, tetapi apa pula peranan yang
dimainkan mereka dalam isu melibatkan keluarga diraja yang jelas
terlibat dengan pelbagai isu yang melanggar akidah islam terutamanya RMS
dengan bahan bukti yang jelas didepan mata. Bukankah ini yang kita
kata, Islam dipergunakan demi kepentingan diri dan bukan kerana Allah
SWT.
Jika benar kerana Allah SWT maka harussnya berani menegur mereka
yang bersalah tidak kira siapa demi menjaga kesucian Islam.
Begitu
persoalan yang penulis ingin lemparkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor
& Timbalanya yang jelas penuh tekad untuk meneruskan perjuangan
Islam selaras dengan prinsip partinya.
Tetapi sejauh mana mereka
menjalankan peranan dan tugas selaku pemimpin dalam isu membabitkan
keluarga diraja. Isu ni bukan berkaitan UMNO memandangkan ianya
merupakan Sultan negeri yang mereka perintah.
Jika UMNO itu buruk
buktikan bahawa PAS itu mulia dan berjuang untuk Islam.Tetapi, agak
sedih bila kita baca komen-komen pembaca yang jelas menulis sifat
pemimpin mereka. Mungkin komen ini benar atau tidak tetapi adakah PAS
berani menegur?
![]() |
| Komen Wakil PAS |
UMNO
pernah menegur & menghabuskan beberapa keistimewaan diraja apabila
mereka lihat isntitusi diraja mula bersifat tidak adil kepada
rakyat.Tetapi beranikah PAS menderhaka kepada Sultan kerana
memperjuangkan Islam?
Berbalik
kepada isu menegur rakyat..kita perlu bersifat adil dan seorang sultan
itu perlu berani mengakui kesilapan dan menegur anaknya.Teringat kepada Chez Wan & Chez Riz. Bagaimana
sifat seorang bapa bukanya seorang ululamri berani menegur anak dan
mengakui anaknya melakukan kesilapan.Inilah sifat rakyat yang harus
dipuji dan juga dijadikan contoh olah kerabat diraja, pemimpin dan
masyarakat secara amnya.
Rakyat
berani mengaku bila bersalah tetapi rakyat akan terus memperjuangkan
kebenaran jika ianya salah dan mereka rasa teraniaya. Jangan pula
mencari salah rakyat kerana kesilapan diri sendiri dan terus menghukum
rakyat kerana mereka lemah dan bagi menutup kebenaran.
Begitu
berani Chez Wan mengakui kesilapan anaknya tanpa segan silu. Inilah
sifat yang harus dipuji walaupun ianya memalukan maruah keluarga mereka.
Sifat begini juga harus dipupuk oleh pemimpin dan institusi diraja
dimana berani mengakui kesilapan tidak kira siapa walaupun ianya anak
kandung sendiri.
Teguran
Sultan bagi memartabatkan Islam harus dipuji tetapi tidak harus
bersifat selektif dalam menghukum dan ianya hanya dilakukakan kepada
mereka yang lemah yakni rakyat jelata.
Jelas
terpampang kelemahan diri dan harus mereka (kerabat diraja) harus
ditegur secara berani dan MAIS yang pada masa ini kebanyakan mereka
adalah perlantikan dari kumpulan yang ahli politik yang mendabik dada
berjuang demi rakyat tidak seharusnya bersifat hipokrit dalam isu-isu
membabitkan kerabat diraja.
Diam tak terkata dan terucap kerana takut
hialng kuasa dan hilang perkenan bila tiba ketika untuk dilantik bagi
jawatan jawatan diperingkat negeri dan jangan pula Islam digadai untuk
kuasa politik dan jangan mudah menolak isu ("sweep under the carpet")
yang tidak membawa kepentingan politik kepada mereka.
Bagi
institusi diraja,haruslah bersifat jujur terhadap islam dan memiliki
keperibadian sebagai umat islam yang mulia. Nescaya rakyat akan
menghormati mereka tanpa diminta dan dipaksa. Pujian akan datang
bergunug dan hilang segala cacian. Tetapi jika terus lupa kepada Islam
dan rakyat diperbodohkan maka akan tiba ketikanya bila isntitusi raja
itu mula dipersoalkan kepentingannya.
Benarkah
ululamri itu raja & sultan? Fikirkanlah dan barbaliklah kepada
Hadis & Al-Quran. Benarkah khalifah pemimpin kita berjiwa Islam atau
nafsu keinginan kuasa politik melampaui keberanian dan kemahuan mereka
memuliakan Islam di muka bumi ini. Sama-sama kita fikirkan dan kita
lihat setiap isu dan bagaimana mereka berjuang untuk rakyat..











No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.