KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal
Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada
tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk
projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.
Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang
tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.“Kami rasa
seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.
Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh
keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila
Menara Warisan Merdeka siap.
“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka
tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi. ~tmi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.