Followers

Wednesday, October 17, 2012

Laporan Audit : Najib gagal sebagai seorang perdana menteri

Budak tanyakan contoh Najis Mughallazah pun PM Najib tak boleh jawab. Inikan pula nak jawap kenapa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) lewat dikeluarkan!

Tetapi kenapa mesti Nazri Aziz yang  menjawab soalan berkaitan dengan Jabatan Audit Negara yang terletak di bawah Kementerian Kewangan yang diterajui PM Najib?

Mana Husni Hanazlah? Menteri Kewangan Dua itu? Ada lagi dua timbalan Menteri Kewangan. Takkanlah semua makan gaji buta saja ?

Meskipun laporan tersebut telah lengkap dan ditandatangani oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang pada 25 Julai yang lalu, tetapi hanya dikeluarkan pada hari Isnin lalu.


Apakah muslihat disebalik kelewatan tersebut? Tentulah ada perkara yang menyebabkan kelewatan tersebut.

Anwar Ibrahim, mempersoalkan kenapa fokus utama perkara - perkara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan, kontrak perolehan tentera, perolehan Keretapi Tanah Melayu Berhad, projek perumahan rakyat termiskin dan rasionalisasi subsidi tiada di dalam laporan ini.

LKAN 2011 juga  menyatakan 68.9 peratus daripada agensi dan jabatan kerajaan peringkat persekutuan mengingkari prosedur  pentadbiran kewangan kementerian.
Ini menunjukkan Najib telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.


Al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.