Dengan harga barang yang naik dan kos kehidupan yang kian meningkat menyebabkan bukan sahaja Masyarakat India menghadapi kesannya,ia membawa kesan seluruh rakyat Malaysia amnya dibelengu kemiskinan.
Penganguran meningkat dikalangan Masyarakat India adalah faktornya tambahan juga masalah lain turut menyumbang kepada sosial ekonomi yang tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin MIC menyebabkan ia bertambah parah.
Pertemuan PAR PERMAS serta pemimpin PAKATAN RAKYAT yang lain secara
tidak sengaja semalam dengan seorang Ketua Cawagan MIC perumahan
Suria,Sri Alam Tuan Jai seelan 40 tahun.Mempunyai sarjana Muda Sastera
Universiti Malaya tahun 1997 dan pernah memegang jawatan sebagai
Bendahari Agung Majlis perwakilan pelajar universiti Malaya.
Beliau dalam pertemuan dengan Tuan syed Othman PAR PERMAS dan Jimmy Puah
Ketua cabang keadilan Johor Jaya menyatakan beliau hilang kepercayaan
MIC kerana menurutnya gagal membela nasib Masyarakat India.Pengangguran
dikalangan Masyarakat India sekarang katanya ditaraf kritikal dan tiada
usaha yang dilakukan oleh Pemimpin MIC untuk menanganinya.
Adakah
Pemimpin Besar MIC sudah selesa dengan kehidupan mereka padahal katanya
lagi ramai anak-anak muda lepasan Universiti gagal mendapat
perkerjaan.Beliau berkata lagi beliau percaya arus perubahan kian hampir
dalam PRU13 kali ini dan beliau akan bersama Pakatan Rakyat.
Beliau yang bersama sebahagian Ajk cawangannya turut memberi sokongan
kepada PAKATAN RAKYAT pada PRU13 nanti dan akan membantu berkempen untuk
memastikan calon PR di Dun Permas dan Dun Johor Jaya menang di
kedua-dua kerusi tersebut.
abusiraj almuner
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.