KESAH BENAR
SELEPAS PEMERGIAN KEDUA ORANG TUA KU:
Semasa Kecilku:
Tanggal 10 September, 1943 aku telah dilahirkan disebuah Kota Kecil di Kuala Kangsar. Aku diberi nama Amran @ Ku Ann suatu nama yang dicupta oleh seorang Kerabat Raja yang aku sendiri kurang pasti, betul atau tidak dengan nama dan tarikh aku dilahirkan tidaklah aku mengetahui kerana tiada pengesahan dari kedua ibu bapaku yang dapat memastikannya, dengan nama yang tercatit dalam kad pengenalan yang diuruskan begitu rapi oleh seorang raja berjawatan Magistrate ketika itu di Ipoh.
Sehingga
kini masih menjadi tanda tanya diriku sendiri kerana ibu aku Puteri
Udoh yang telah ghaib dan bapa aku pula turut meninggal dunia selang
beberapa hari pada tahun 1946 ketika usia kedua dua mereka masih muda,
begitu lah cakap cakap serta desas desus
dari bibir ke bibir orang tua yang tinggal di beberapa daerah
berhampiran yang kononnya mereka mengetahui sedikit sebanyak tentang
perlaian aku dengan ikatan ibu dan ayah ketika aku berusaha mencari sanak saudara yang aku sendiri belum kenal.
KETURUNAN:
Menurut cerita beberapa orang yang mengetahui tentang keluar aku, mereka kata ibu aku berketurunan raja dan bapa aku pula dikenali sebagai Pandak Alang Ahmad atau nama aslinya Tengku Muhamad Shah yang telah meninggal dunia kerana terlalu rindukan isterinya, seumur hidupku, aku tidak pernah menatap wajah ibu dan bapa.
MIMPI IBU:
Semasa kecil aku sering didatangi ibu dalam mimpi-mimpiku, Ibu memakai baju kebaya warna kuning air dan diatas kepalanya terletak mahkota bersinarkan permata putih. Ibu memanggil aku nak ! Ibu menangis mengenangkan nasib aku yang sudah kehilangan hak. Aku tahu apa kah yang dimaksudkan oleh ibu itu.
Apa yang masih ada sebagai peninggalan adalah berupa secarek penjelasan salasilah yang sudah usang sebagai pegangan keturunan warisan, demikian yang mencuit hati kecilku ini untuk mencariu kebenaran siapa aku semenjak aku dihidupkan sebagai ANAK YATIM PIATU.
PANDANGAN BIJAK PANDAI:
Terdapat beberapa orang bijak pandai merenung wajah aku, mereka berkata aku berdarah raja. Aku rasa semenjak dilahirkan kedunia yang tidak pernah mengenal rupa ibu dan bapa, aku tidak pernah soal keturunanku. Yang penting dan apa yanbg aku harus cari sebagai penggantian ibu dan bapa adalah sebanyak banyak ilmu sebagai kawanb atau bekalan untuk dibawa "kealam Bako".
DALAM JAGAAN PAK YUSOFF:
Pada tahun 1950, ketika itu berusia enam tahun aku telah dimasukkan kesekolah Melayu oleh keluarga angkat pertama. Guru yang mengajar aku ketika itu bernama Cikgu Hambali, kacak dan tinggi lampai orangnya. Setiap hari pergi ke sekolah wang perbelanjaan mahu pun bekalan nasi tidak pernah diberi oleh keluarga angkat sebagai pengalas perut.
Mujurlah ada seorang anak gadis yang dibawanya kami makan bersama.
Amnah
yang sebaya umur dengan aku, seorang gadis cantik dan periang, putih
kulitnya. Dia menjadi jolokan dan ejikkan oleh kawan kawan dengan
panggilan "Amnah Amran". Dia banyak bersimpati pada aku. Kami sedarjah dan sama sama diberi tugas oleh guru sebagai Ketua Murid.
SEKOLAH:
Perjalanan kesekolah sejauh tiga batu, melalui tanah perkuburan, itulah jalan paling dekat, kami beralan kaki pergi dan balik, begitulah setiap hari. Kadang kadang kami pulang lewat dari masa persekolahan kerana ada latihan sukan. Kadangkala aku sendirian pulang hingga sampai waktu isyak kerana harus berlatih bermain bola sepak kerana aku mewakili sekolah.
Apabila lewat pulang
kerumah setelah seharian belajar, keluarga angkat langsung tidak
pernah percaya apa yang aku cakap tentang pentingnya setiap latihan
disekolah.
Aku sering dipukul oleh keluarga angkat sampai aku tidak dibenarkan makan selagi aku belum memunggah air secukupnya
untuk diisi kedalam tong drum serta beberapa biji baldi. Kedudukan
paip air awam yang dibekalkan oleh kerajaan sejauh lebih kurang suku
batu daripada rumah diseberang jalan besar.
Aku harus mengandar air mengunakan dua tin besar minyak tanah, satu tin dihadapan dan yang satu lagi dibelakang yang disangkut pada kayu nibong sebagai kayu pengandar. Kalau salah mengimbang pasti tin air akan menggelungsur turun ke tanah dan pasti airnya akan tumpah.
MAKAN:
Apabila tong drum dan beberapa biji baldi sudah penuh berisi air, barulah aku diberikan. Sakitnya seluruh badan dan pinggangku bukan kepalang, kerja kerja yang tidak sepatutnya dibebankan pada aku ketika dalam usia sekecil itu.
Akan bersambung.......
Ku Ann @ Tengku Amran Tengku Muhamad
Menuntut Keadilan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.