Ternyata banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual
barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah
dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak
berkualiti sebelum ini.
Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.
Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.
Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.

Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang
sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam
salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.
Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini
dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga
dijual dengan harga normal.
"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli
biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa
sehari?" tulis kiriman email itu lagi.
Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang
hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce
to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini
nampaknya dijual pada harga normal. ~milosuam
Addin :
Menteri makan sedap.. rakyat makan barang expired.. "Janji Di Capati"
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.