Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu yang juga ketua whip ahli majlis lantikan
politik PR umumkan dalam akhbar New Straits Times hari Selasa kelmarin
bahawa mereka telah mencetak 15,000 poster dan 500 banner untuk
digantung seluruh negeri Kedah bagi mendesak Datuk Rasli Basir
meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Baru kelmarin juga para penguatkuasa MBAS dan MBKP bertungkuslumus
bekerja sehari suntuk membuat poster dan banner tersebut di kedua-dua
daerah tersebut.
Di Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran kerajaan negeri
Kedah, rumos bertiup kencang bahawa gerakan menjatuhkan Datuk Rasli ini
sebenarnya ditaja oleh kumpulan KCS juga, yang tidak bersetuju dengan
beliau. Benarkah?
Ada logiknya kerana empat sebab utama:
1) Apabila Rasli menyambung kontrak sebagai KCS sebanyak 2 kali, ia
menyebabkan tidak berlaku kekosongan peringkat tertinggi, jadi tidak
berlaku aliran kenaikan pangkat untuk banyak pegawai. Ada yang terpaksa
menghitung hari pencen tanpa kenaikan pangkat, semuanya angkara Rasli.
2) Rasli sentiasa utamakan anaknya (juga KCS), sedara mara yang dalam
KCS serta kroni terdekatnya dalam pelantikan dan kenaikan pangkat. Yang
bukan kroni terabai walaupun senior dan layak.
3) Rasli banyak membebankan pegawai bawahannya, sedangkan kerja tersebut
sepatutnya adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia banyak relax dan makan
gaji buta.
4) Campurtangan isteri dan anak dalam beberapa isu hingga ada yang diambil tindakan, ini sungguh merimaskan KCS.
Campurtangan KCS sendiri untuk jatuhkan Datuk Rasli menjawab bahawa
tuduhan ahli MDKP mendesak Rasli letak jawatan bukanlah penentangan
terhadap keseluruhan KCS. Majoriti KCS sendiri tidak suka kepada beliau
yang sudah dua kali membaharui kontrak.
Sementara itu kumpulan penentang Rasli dalam KCS ini dilaporkan sedang
menyalurkan maklumat yang banyak kepada beberapa ahli MDKP, guna
membantu mempercepatkan kejatuhan Rasli jika beliau terus berdegil
enggan letak jawatan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.