Dalam kesibukkan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib Altantuya ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!
Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib Altantuya hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.
Diadakan di The
Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib Altantuya
sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran
bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke
Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.
Beraksi satu
'flight' dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam
dan adiknya, Nizam Razak, Najib Altantuya seakan tidak mempedulikan apa
yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak
bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.
Dengan penuh
semangat, Najib Altantuya menghabiskan saingan kesemua 18 lubang di
lapangan yang menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij menawarkan
hadiah tunai keseluruhan USD6.1 juta (RM18.66 juta) itu.
Pergerakan Najib
Altantuya dan Woods jelas paling mencuri tumpuan apabila langkah mereka
diikuti dari mula sehingga ke lubang yang terakhir.
Kumpulan pemain
Malaysia pertama mendapat penghormatan beraksi bersama legenda golf
dunia itu ialah dua jaguh pro veteran negara, M. Ramayah dan P.
Gunasegaran, apabila digandingkan satu 'flight' dengan Amerika Syarikat
sewaktu Piala Dunia di lapangan yang sama pada 1999.
Selain berentap
dengan Woods, Najib Altantuya turut meluangkan masa bertemu dengan
beberapa pemain profesional lain yang menyertai kejohanan berkenaan.
Walaupun
hadir bagi merasmikan kejohanan golf tersebut, Najib Altantuya
seharusnya lebih prihatin dengan masalah negara berbanding menghabiskan
masanya sehari suntuk bermain golf kununnya sudah lama mengidam mahu
bertanding menentang Woods.
Tidak
bolehkah Najib Altantuya singgah sebentar di parlimen melihat sendiri
bagaimana pencacai-pencacainya terus ditekan dengan soalan demi soalan
hingga satu ketika timbalan menteri kewangan, Awang Adik Hussin terpaksa
berhenti dari menjawab soalan lisan atas alasan demam padahal tidak
pula mendapatkan sijil sakit sebelum itu?
Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?
Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya.
JALAN PULANG
Inikah contoh dan sikap seorang pemimpin yang kununnya mendahulukan rakyat padahal apabila diasak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, membincangkan isu dan masalah rakyat, Najib Altantuya terus diam membisu seribu bahasa?
Ternyata apa yang diungkapkan Najib Altantuya cuma manis di bibirnya yang merah saja sedangkan kehidupan rakyat marhaen terus diabaikan kerajaannya.
JALAN PULANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.