Penjelasan
Najib itu menamatkan teka teki yang kononnya Umno akan memberi laluan
kepada ahli parlimen itu bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya
umum nanti. Beliau diuar-uar akan diberi bye oleh Umno. Sebelum ini
konco-konco ahli parlimen berkenaan sudah menyebarkan berita kemungkinan
itu. Bahkan kononnya sudah ada kata putus dan surat hitam putih ditanda
tangani oleh Najib memberi laluan itu.
Alasan
Najib kononnya memberi laluan dia bertanding atas tiket BN kerana ahli
parlimen berkenaan dikatakan akan menang mudah kerusi Pasir Mas dan
kemenangan itu akan membantu BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan.
Kononnya juga tiga buah kerusi Dun di dalam Pasir Mas iaitu Chetok,
Pengkalan Pasir dan Tendong akan menang dengan mudah. Kemenangan
kerusi-kerusi itu boleh membantu Umno untuk menumbangkan kerajaan Pas
Kelantan.
Ketiga-tiga kerusi berkenaan kini dimiliki oleh PAS.
Seperti
mana dijelaskan Najib dalam sidang media lewat petang semalam, sebuah
jawatankuasa khas untuk mengambil tindakan ke atas pengkhianat parti itu
akan dibentuk yang dipengerusikan oleh veteran Umno Tengku Ahmad
Rithaudden Tengku Ismail.
Jika
dinilai dari definisi pengkhianatan seperti mana disebut Najib itu, dia
bukan saja melakukan satu pengkhinatan ke atas Umno tetapi lebih dari
dua kali. Beliau pernah berlawan dengan calon Umno dalam tahun 1990
apabila bertanding atas tiket Semangat 46. Pada tahun 2004 sekali lagi
mengkhianti calon Umno apabila dia bertanding atas tiket Bebas
menggunakan lambang payung berwarna kuning.
Ekoran
tindakan itu beliau telah dipecat dari Umno menerusi peraturan dan
undang-undang mana-mana ahli Umno yang mensabotaj calon Umno, melawan
dalam pilihan raya akan dipecat atau keahliannya akan gugur secara
automatik. Ekoran itu tahun 2008 beliau bertanding atas tikit lambang
bulan atas ehsan PAS dan menang.
'Kelancauan'
ahli parlimen berkenaan selepas beliau menang atas tiket PAS beliau
cuba untuk 'terak' (masuk) Umno semula. Berbagai usaha dilakukan
termasuk berbaik-baik dengan isteri presiden Umno dan sanggup mencium
tangan bukan mahram, malangnya tidak berhasil. Satu sumber ibu pejabat
Umno memberi tahu sudah lebih tujuh bulan temujanji dibuatnya untuk
berjumpa dengan Najib Razak tidak dilayan.
Katanya
dia juga cuba menggunakan beberapa pemimpin Umno bahagian Pasir Mas
untuk membawanya kembali semula ke pangkuan Umno. Antara orang yang
berusaha ialah bekas Adun di salah kerusi di Pasir Mas bekerja keras
untuk membawa semua ahli parlimen itu masuk. Sekali lagi malangnya usaha
bekas Adun itu yang merupakan 'ayam didik' ahli parlimen berkenaan,
tidak berhasil dan beliau sendiri dicurigai oleh ahli Umno Pasir Mas.
Umno
Pasir Mas juga telah menutup rapat pintu terhadap ahli parlimen
berkenaan, bukan itu saja 'rebak onak dan duri' diletak di jalan menuju
ke pejabat Pasir Mas untuk memastikan ahli parlimen berkenaan tidak akan
mendatangi pejabat Umno untuk bersandiwara bagi memastikan dia
diterima.
Dengan
ketegasan Najib dan Umno bahagian Pasir Mas itu marilah kita tunggu dan
tengok apa yang bakal berlaku dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli
parlimen itu tetap mahu menunjukkan bisanya bertanding, beliau boleh
pilih satu dari 20 cogan (lambang) yang dibenarkan untuk diguna oleh
orang-orang tidak berparti sebagai lambang dalam pilihan raya.
Sebelum
ini cogan bebas ternyata tidak membawa tuah kepada ahli parlimen
berkenaan bahkan lambang bebas pernah menghilangkan wang pertaruhannya.
Apakah peristiwa malang itu akan berlaku nanti? Kalau berlaku ia tidak
memeliklah bahkan baru padan dengan muka! Apakah Pasir Mas akan
kebanjiran dengan air mata, tunggulah nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.