SHAH ALAM – Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh
sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik.Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat
Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak
boleh dijadikan bahan untuk dipolitikkan.
“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana
mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan
hukum Islam.
“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan
pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia
akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.
Jelasnya, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa
hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut
Kristian, Buddha atau Hindu.
Menurut Fathul Bari, umat Islam juga perlu
sedar permainan politik kotor sesetengah pihak yang gemar menggunakan
agama sebagai isu mereka.
"Kita asyik bercakap mengenai isu ini, tetapi sama ada Pas atau Umno,
semua menghadapi masalah yang sama.
“Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas
masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,”
katanya.Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah
itu berlanjutan.
Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia
telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud
dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain. ~sinar
Addin:
Sepatutnya umno yang keluar bn..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.