Followers

Wednesday, October 10, 2012

Dua kertas putih dibentang untuk isu air, Talam - Fazy Sahir

MB Selangor berkata pihaknya masih menunggu perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengadakan sidang khas Dun lebih awal.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan membentangkan dua kertas putih mengenai kutipan hutang Talam Corporation Sdn Bhd dan penstrukturan semula industri air dalam sidang khas Dewan Negeri (Dun) akan datang.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya masih menunggu perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengadakan sidang khas lebih awal.

“Tuanku Sultan sudah tandatangani watikah untuk diadakan sidang Dun bermula 19 November ini. Kita tengok keadaan sama ada boleh buat dua minggu lebih awal sebelum 19 Novermber tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Katanya, kertas putih itu juga akan dihebahkan kepada orang ramai selepas dibentang dalam sidang Dun dan sebarang permohonan perlu dibuat di pejabat Dun.

Selain dua kertas putih tersebut, satu laporan mengenai Program Pendemokrasian ‘Selangorku Bersih’ dijangka dibentangkan pada sidang khas dewan tersebut.

Menyentuh mengenai empangan Sungai Sireh, Abdul Khalid berkata paras air surut disebabkan ban pecah dan agensi berkaitan serta Jabatan Pengaliran Selangor (JPS) diarah untuk memperbaikinya.

“Exco negeri dan pegawai pertanian turun padang untuk membuat kajian kesan kekurangan air dan jika keadaan kekurangan air berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai isu Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, beliau menyifatkan ia sebagai komen biasa dalam politik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berpendapat perkara ini boleh diselesaikan mengikut prosedur dalaman parti.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.