Followers

Wednesday, October 10, 2012

Ali Rustam Saran Tinggalkan Parti Tidak Memperjuangkan Islam.. Umno Lah Tu!! - Posted by Addin

 Addin tak nak ulas tentang kenyataan Dato' Shahnon Ahmad kerana ianya datang dari media pencacai Umno. 
 
Sifirnya mudah.. jikalau gambar Najib di sambutan Aidilfitri dan perhimpunan Umno bahagian Pekan baru-baru pun dia orang boleh edit. 
 
Bagaimana pulak ketulenan kenyataan dari Dato' Shahnon Ahmad? Susah nak mempercayai media pencacai nih. Saranan Ali Rustam supaya penyokong PAS tinggalkan parti kerana tidak memperjuangkan Islam adalah tidak tepat sama sekali. 

Sebenarnya Umno terlebih dahulu tidak memperjuangkan Islam kerana.. Umno sudah perintah negara ini selama 55 tahun semenjak merdeka. 
 
Selaku parti yang memerintah, apa usaha Umno untuk memartabatkan Islam di negara ini? Disebabkan Umno anak didik penjajah Inggeris, segala sistem kenegaraan ini adalah daripada acuan Inggeris.

Semasa Umno memerintah, Islam di ratah dari segenap sudut. Pimpinan parti komponen BN berani menghina Islam seperti Chua Soi Lek tetapi pemimpin Umno masih berdiam diri. 
 
Malah pemimpin Umno sendiri yang mengaku Islam sanggup mempersendakan Islam seperti kenyataan Mahathir berkenaan janggut Rasulullah S.A.W.

Jikalau nak di huraikan terlalu banyak dosa Umno terhadap Islam, mungkin tidak tertulis di sini. Buat Ali Rustam dan pimpinan Umno, sebenarnya yang paling layak meninggalkan parti adalah orang Umno kerana dari dulu,kini dan selamanya agenda memperjuangkan Islam tiada dalam kamus Umno. Umno hanya sebuah parti memperjuangkan assobiyyah..

Jadi.. sepatutnya Ali Rustam ajak penyokong Umno keluar parti beramai-ramai bukannya penyokong PAS kerana kapal Umno bakal karam sedikit masa lagi.

Penyokong Pas Disaran Tinggalkan Parti Itu - Ali Rustam

MELAKA, 9 Okt (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan penyokong PAS agar meninggalkan parti itu yang perjuangan politiknya kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata perjuangan PAS dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam.

"Memang dari dulu kita (Barisan Nasional) dah beritahu, PAS tidak lagi perjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan ahli seumur hidup PAS Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Mohd Ali turut memuji pengakuan Sasterawan Negara itu dan menganggap ia satu tindakan yang tepat dalam usaha memastikan masyarakat Islam tidak terkeliru dengan perjuangan tersebut
 
~bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.