Inilah standard kewartawanan di Malaysia. Demi hendak menaikkan
kredibiliti ahli akademik yang memberi kenyataan, Sinar Harian sanggup
berbohong!
Yong merujuk kepada article Sinar Harian yang memaparkan kenyataan Datuk
Profesor Dr Ramlah Adam. Lihat bahagian yang dalam kotak biru.
Yong tidak mempersoalkan kepakaran Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Yong
sendiri bukan pakar sejarah. Yong takkan komen apa-apa tentang bendera
Sang Saka Malaya.
Tetapi, Yong musykil, apa motif Sinar Harian menyebut
Datuk Profesor Dr Ramlah Adam ini berjawatan Dekan Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM?
Datuk Profesor Dr Ramlah Adam telah tidak disambung kontraknya di UiTM
pada bulan Jun 2012. Beliau juga tidak memegang jawatan dekan fakulti
berkenaan sejak Januari 2011. Sekarang dah September 2012!
Sama ada
wartawan Sinar Harian ini pemalas, atau sengaja berbuat demikian supaya
sumber yang didapatinya nampak hebat!
Yong percaya Datuk Profesor Dr Ramlah Adam tidak akan menyamar sebagai
dekan fakulti! Ini kes Sinar Harian berbohong kepada pembacanya!
Sinar Harian wajar menuntut maaf pada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM kerana kesalahan fakta ini.
Apa kata Naib Canselor Dato' Profesor Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.